Politik Khidmat Bakti Adnan Berterusan Untuk Kuala Pilah

KUALA LUMPUR, 9 Mei – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan meneruskan politik khidmat bakti beliau kepada rakyat di kawasan ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau meluahkan keterujaan apabila dapat memberikan sokongan pada perlawanan pasukan bola tampar Bawah 18 Tahun Kuala Pilah pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) di Paroi.

“Perlawanan sangat sengit menang atau kalah hanya dengan kelebihan beberapa mata sahaja. Pasukan Perempuan dapat tempat ketiga.

“Difahamkan ada pemain yang terpilih mewakili Negeri Sembilan ke kejohanan MSSM yg bakal berlangsung di Kedah. Tahniah semua!” katanya.

Sementara itu Adnan yang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah pada hantaran berbeza turut berkongsi kunjungan ke rumah Cikgu Nora Nan di kediamannya di kuarters Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin Seri Menanti.

Kunjungan tersebut dilakukan untuk bertanya perkembangan kesihatan di samping memberikan bantuan kerusi elektrik bagi memberi kemudahan pergerakan.

“Beliau yg mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu telah menjalani pembedahan kaki.

“Semoga dengan kerusi eletrik ini akan dapat memudahkan pergerakan beliau semasa mengajar di sekolah nanti, insya-Allah,” ujar beliau.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79