Imarahkan Ramadan, Semarak Penghayatan Al-Quran Melalui Tadarus

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Aznan Tamin menganjurkan tadarus dan khatam Al-Quran di Masjid Ar-Rahman, Kampung Baru Dato Ghani Othman semalam.

Menfokuskan kepada masyarakat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat ia dilakukan bagi mengimarahkan bulan Ramadan.

“Alhamdulillah telah berlangsungnya sesi tadarus dan khatam Al-Quran bersama masyarakat DUN Tanjung Surat dalam program Ihya’ Ramadan di Masjid Ar-Rahman, Kampung Baru Dato Ghani Othman.

“Dengan pembaca surah terdiri daripada pemimpin UMNO Bahagian Pengerang, Penghulu, Pengurus Felda, Ketua Kampung dan Pengerusi Masjid,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga ADUN Tanjung Surat turut berkata suasana penuh ketenangan dan kebersamaan itu menguatkan lagi semangat ukhuwah di bulan penuh rahmat ini.

“Semoga segala amalan kita diterima dan membawa keberkatan dalam kehidupan. Terima kasih kepada semua yang hadir dan bersama-sama menyemarakkan penghayatan Al-Quran.

“Moga kita terus istiqamah dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit