UMNO Kota Kinabalu Terus Bergerak Ke Depan, Jayakan Misi Dengan Penuh Muafakat – Musliati

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Pelbagai perkara bukan sahaja dapat dibincangkan secara panjang lebar malah diperhalusi sebaiknya dalam  usaha mengukuhkan lagi perjuangan UMNO khususnya di bahagian Kota Kinabalu.

Ketuanya, Musliati Moslimin berkata mesyuarat jawatankuasa UMNO bahagian Kota Kinabalu yang diadakan malam tadi ternyata menjadi medan sebaiknya membincangkan soal gerak kerja di bahagian termasuklah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya beliau amat terharu dengan semangat serta komitmen yang cukup tinggi daripada barisan jawatankuasa UMNO bahagian berkenaan dalam menjayakan perkara yang dibincangkan.

“Alhamdulillah…Mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Kinabalu yang pertama bagi Tahun 2025 berjalan dengan baik. Walaupun hujan lebat dan kesesakan jalan yang teruk jalan di Kota Kinabalu ianya tidak menghalang untuk sebilangan besar  hadir mesyuarat malam tadi.

“Banyak perkara yang dibincangkan terutama soal parti, gerak kerja UMNO Kota Kinabalu bagi menghadapi PRN akan datang termasuklah  juga isu-isu semasa negeri  dan negara,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Pada masa yang sama beliau turut menzahirkan takziah kepada  Datuk Ir Aziz Julkarnain serta keluarga mantan AJk UMNO bahagian yang meninggal dunia baru-baru ini.

“Kami turut menitipkan doa kepada Allahyarham  Ritz Julkarnian Datuk Aziz anakanda kepada Datuk Ir Aziz Mantan Ketua Pemuda UMNO bahagian  dan Allahyarham Tn Hj Harjono Harno Mantan AJK UMNO yang telah dijemput illahi baru-baru ini…kami turut menzahirkan ucapan takziah buat keluarga kedua-dua arwah.

‘Pada masa yang sama turut diraikan  ulangtahun kelahiran AJK Bahagian yang lahir pada bulan Januari 2025.  Happy Birthday Gais !,” ujarnya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit