Menjelang PRN: Pemuda UMNO Sabah Komited Pantau Kesiapsiagaan Jentera
KUALA LUMPUR, 16 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sabah terus memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan kesiapsiagaan jenteranya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 kelak.
Kali ini, Pemuda UMNO Negeri Sabah melaksanakan Penaziran Juara Pemuda UMNO Bahagian Tawau dan juga Kalabakan.
“Pergerakan Pemuda UMNO Sabah menegaskan komitmen untuk terus memantau kesiapsiagaan jentera khususnya sayap Pemuda, bagi memastikan gerak kerja yang lebih tersusun dan efektif menjelang PRN akan datang,” kata Pemuda UMNO Sabah dalam satu catatan di laman rasmi Facebook mereka.
Di TAWAU, proses penaziran dan pemantauan persediaan jentera Pemuda diketuai oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Sabah Mahat Jumahat, yang juga bertindak sebagai Ketua Penyelaras Zon 6.
Turut hadir Exco Pemuda UMNO Malaysia Arshad Mohd Yusuf bersama wakil Pemuda UMNO negeri Effendy Salamon dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau Rushamizan Rustam.
Manakala di KALABAKAN, ia turut diketuai Mahat yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO negeri dan barisan pemantau yang sama di samping kehadiran Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kalabakan Alias Udin. – UMNO ONLINE