Malam Kluang Berselawat, Hayati Kecintaan Terhadap Rasulullah
KLUANG, 19 Sept – Kluang hari ini menyaksikan alunan selawat dan qasidah bagi menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Diadakan di Dewan Muafakat Kampung Tengah, ia menyaksikan kehadiran hampir 2,000 orang yang bersama-sama meraikan sambutan Maulidur Rasul.
Majlis tersebut dihadiri Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; serta barisan kepimpinan exco.
Sambutan ini ternyata membawa makna tersendiri bagi menghayati kecintaan terhadap Nabi SAW.
Ia juga sebagai kesempatan bagi mengambil kisah teladan terpuji membawa umat Islam ke arah mempertingkatkan amalan dan sunnah Nabi berdasarkan ilmu dan bukannya ikutan semata-mata.
Penganjuran majlis ini diadakan juga bersempena dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Turut hadir calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah. – UMNO Online