UMNO Terengganu Manfaat Rukun 5G, Usaha Pertingkat Sokongan Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – UMNO Negeri Terenggunu mengaplikasi rukun 5G dalam melaksanakan gerak kerja mempertingkat sokongan rakyat negeri itu kepada parti.

Wakilnya Naib Ketua Bahagian Setiu, Mohd Iskandar Jaafar berkata ia diguna pakai dalam setiap program turun padang di kawasan.

“Pertama gather (kebersamaan) antara kepimpinan yang lama dan baharu, generate (menjana) semula apa yang kami hilang selama ini.

“Genius iaitu tindakan yang kami buat mestilah dalam konsep ini, groom dengan program pengkaderan untuk memupuk semangat cintakan parti, ini yang pertama kerana selepas tidak menjadi kerajaan… yang terakhir kami harap UMNO di sini grow (berkembang).

“Malah pimpinan UMNO telah turun di semua bahagian dan selepas balik PAU ini dijadualkan pula untuk turun ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menyantuni pimpinan akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 sebagai pembahas membawa usul ucapan dasar Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Iskandar dalam pada itu berkata sehingga kini tiada kerjasama formal di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Terengganu, namun pada masa sama telah menjalinkan beberapa kerjasama secara conceptual walaupun tanpa struktur yang jelas dan rasmi.

Menurut beliau antara pencapaian BN-PH Terengganu yang telah dimeterai persefahaman adalah berhubung pelantikan dan agihan dan pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Katanya lagi persefahaman ini menyelesaikan kemelut komposisi, dengan harapan utama sebagai mekanisme menawan semula sokongan rakyat kepada BN.

“Dalam hal ini mungkin elok jika Kerajaan Perpaduan dapat meneliti semula peranan Jabatan Pembangunan Persekutuan agar berfungsi dan tugas mereka dapat lebih dilaksanakan selari dengan hasrat politik Kerajaan Madani.

“Pimpinan kerajan BN-PH mesti dirujuk dalam setiap cadangan gerak kerja, pembangunan mahu pun khidmat masyarakat kepada rakyat Terengganu. Pengalaman Tan Sri Idris Jusoh pada tahun 1999 ketika membawa semula Terengganu daripada Pas melalui gelombang biru boleh menjadi rujukan yang berguna,” ujar beliau. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.