Setia Dan Terus Setia Jadi Pegangan, UMNO Papar Terus Utuh – Jamal Nerubi

 

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Ketua UMNO Papar,  Datuk Jamal Nerubi berkata ingatan dan pesanan daripada pimpinan terdahulu terus tersemat dalam dirinya hingga ke hari ini.

Mengimbau pesanan berkenaan ketika menjawat jawatan Ketua Pemuda pada satu ketika, beliau berkata pemimpin tersebut mengingatkan soal kesetiaan terhadap parti.

“Dalam apa jua keadaan, pertama harus setia… dan terus setia. Pernah pekara ini dipesan kepada saya oleh salah seorang bekas pimpinan. Mal… bila jadi Ketua Ketua Pemuda…saya pernah jadi Ketua Pemuda dahulu… tiga perkara dipesan.

“Satu setia, kedua setia dan ketiga setia. Kalau setia itu ada kepada diri kita, insya-Allah. UMNO terus kuat,” katanya kepada UMNo Online.

Terdahulu beliau bersama para perwakilan UMNO Papar mengadakan mesyuarat UMNO bahagian berkenaan yang dirasmikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut serta Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan pimpinan UMNO yang lain.

Jamal seterusnya menambah peringatan dan lontaran oleh Presiden UMNO diharap dapat meningkatkan lagi keazaman serta usaha ahli parti pelbagai peringkat untuk terus memperkasakan lagi parti.

Katanya lagi mengambil contoh intipati daripada ucapan Presiden yang menekankan soal perjuangan perlu disemat  dan diperhalusi sebaiknya  untuk sama-sama meneruskan perjuangan UMNO hari ini.

“Menjadi seorang pejuang…. Presiden memberi ingatan kepada kita semua bahawa kalau kita pentingkan parti melebihi diri kita sendiri, artinya kita berjuang di lendasan yang betul, insya-Allah,” ujarnya.

Sementara itu dalam ucapannya Jamal mengharapkan kombinasi serta kerjasama semua ahli dan pimpinan di bahagian berkenaan dapat mengukuhkan lagi keseladuan sedia ada.

“Alhamdulillah… terima kasih kepada para perwakilan yang hadir pada mesyuarat kita ini dan inilah muafakt kita dan inilah perpaduan kita di Papar. Insya-Allah kita terus bergerak sebaiknya,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.