Ada Cubaan Gugat Moral Ahli Parti… Terus Istiqamah Tolak Dakyah Tidak Betul

KUALA LUMPUR, 29 Mei –  Percubaan pihak tertentu untuk menggugat semangat dan moral jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) dijangka akan berterusan khususnya dalam senario beberapa negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara ini ditekankan Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin yang berpandangan usaha-usaha sedemikian termasuklah menimbulkan kerisauan di kalangan ahli parti pasca Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

“UMNO Kedah menerima serta bemuhasabah akan perkembangan politik dan keputusan parti yang terkini sememangnya memberi kesan, namun sama sekali tidak mengugat sokongan dan kesetiaan ahli parti

“Seperti yang diperkatakan oleh Presiden UMNO, sememangnya ada sedikit kesulitan untuk menyakinkan ahli UMNO untuk memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) namun penerangan dan justifikasi keputusan politik terkini sedang berjalan dan respon diperingkat akar umbi sangat menyakinkan,” katanya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online.

Shaiful yang juga Ketua UMNO Merbok seterusnya menyarankan supaya beberapa individu yang tidak bertanggungjawab berhenti membuat andaian dan analisa kedai kopi kerana ianya tidak menguntungkan parti

“Pelbagai usaha yang dibuat oleh kepimpinan BN-PH seperti sesi perbincangan, program dan konvensyen dilihat telah membuahkan hasil dimana kebanyakan ahli dan aktivis parti semakin memahami konsep ‘Madani ‘dan ‘Kerajaan Perpaduan’,” tambahnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit