Ikhtiar BN Realistik, Kunci Kestabilan Politik Dan Ekonomi Johor – Sharifah Azizah

MAHKOTA, 5 Mac – Ikhtiar BN disifatkan sebagai satu tawaran yang berupaya menjadi kunci kepada kestabilan ekonomi dan politik di negeri ini, menurut calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Ini kerana BN bukannya berjanji kosong demi memenangi hati rakyat tetapi Ikhtiar BN akan dilakukan bersungguh-sungguh serta realistik sekiranya berjaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

“Saya berterima kasih kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad kerana tidak mengeluarkan janji BN kerana BN bukan seperti parti lain.

“Kali ini pada PRN Johor, BN telah mengeluarkan ‘Ikhtiar BN’ yang bermaksud apabila dipilih sebagai wakil rakyat maka akan bertanggungjawab menyelesaikan dan mendekati segala permasalahan yang ada pada rakyat jelata.

“Saya akan memberikan perkhidmatan yang terbaik sekiranya diberi mandat oleh rakyat, tidak memberikan janji manis tetapi akhirnya yang kecewa adalah rakyat. Rakyat akan menjadi terseksa dan terhina seperti yang pernah terjadi selepas BN kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Seterusnya Sharifah Azizah mengajak pengundi di DUN Mahkota serta seluruh Johor agar menyokong BN kerana hanya BN yang mampu memberikan kestabilan serta kesejahteraan rakyat.

“22 bulan yang lalu dalam pemerintahan mereka (Pakatan Harapan) rakyat di Johor merasa perit dan serik. Marilah keluar beramai-ramai mengundi calon yang lahir dari perut BN supaya perasaan perit, jerih dan sakit hati memfitnah dapat ditebus dan kembali menyokong serta mengundi BN pada PRN Johor, ” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.