Kempen Rasis Guan Eng Perlekeh Penjawat Awam Harus Dibantah – Asyraf Wajdi

KEMPEN RASIS GUAN ENG MEMPERLEKEH PENJAWAT AWAM HARUS DIBANTAH!Saya tidak faham kenapa Menteri Kewangan Lim Guan Eng begitu memusuhi dan amat PREJUDIS terhadap PENJAWAT AWAM. Dalam ceramah beliau semalam, Guan Eng masih meneruskan serangan sinisnya terhadap 1.6 juta kakitangan awam yang hakikatnya enjin terpenting menggerakkan pentadbiran kerajaan di semua peringkat selama ini.Sudahlah sejak Kerajaan PH ambil alih, mereka menafikan hak Penjawat Awam untuk menerima 2 Kenaikan Gaji melalui Pergerakan Gaji Tahunan biasa dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Pentadbiran BN pada sebelum PRU-14 atas alasan kekurangan peruntukan yang besar untuk membiayai kenaikan gaji ini. Lebih mendukacitakan apabila Pimpinan PH berkali-kali menyatakan bahawa bilangan Penjawat Awam terlalu besar dan perlu dikecilkan seperti kenyataan YAB Tun Dr Mahathir bahawa pertambahan seramai 700,000 kepada 1.7 juta orang sejak beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003. Manakala YB Tony Pua pernah menggelarkan Penjawat Awam sebagai 'biawak hidup' kerana bilangan yang besar dan menelan belanja sehingga 36% dari keseluruhan Belanjawan 2017.Kerajaan Pentadbiran PH juga berhasrat ingin mengecilkan saiz penjawat awam melalui Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertajuk “Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam” bertarikh 26 Disember 2018 yang menjelaskan bahawa Kerajaan PH akan menjalankan langkah rasionalisasi penjawat awam dengan mengurangkan kakitangan sebanyak 1% dari 1.7 juta penjawat awam atau 17,000 jawatan pada tahun ini, 2019. Sebanyak 2% atau 34,000 lagi pada tahun 2020 dan 51,000 lagi atau 3% pada 2021. Perkara ini bakal meningkatkan beban kerja penjawat awam sedia ada malah boleh menjejaskan keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya. Nampaknya Pakatan Harapan sememangnya begitu prejudis kepada Penjawat Awam dan matlamat mereka untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sebagaimana yang sering diuar-uarkan oleh pimpinan DAP termasuk Setiausaha Politik Guan Eng, Tony Pua hampir menjadi kenyataan.Apa pandangan semua?

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Monday, 11 November 2019

KUALA LUMPUR, 12 Nov – “Nampaknya Pakatan Harapan (PH) sememangnya begitu prejudis kepada penjawat awam dan matlamat mereka untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam sebagaimana yang sering diuar-uarkan oleh pimpinan Dap termasuk Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Tony Pua hampir menjadi kenyataan.”

Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman facebook beliau, hari ini sebagai maklum balas kepada ucapan Menteri Kewangan, Guan Eng dalam kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai.

“Saya tidak faham kenapa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng begitu memusuhi dan amat prejudis terhadap penjawat awam. Dalam ceramah beliau semalam, Guan Eng masih meneruskan serangan sinisnya terhadap 1.6 juta kakitangan awam yang hakikatnya enjin terpenting menggerakkan pentadbiran kerajaan di semua peringkat selama ini.

“Sudahlah sejak Kerajaan PH ambil alih, mereka menafikan hak Penjawat Awam untuk menerima 2 Kenaikan Gaji melalui Pergerakan Gaji Tahunan biasa dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Khas seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan pentadbiran BN pada sebelum PRU-14 atas alasan kekurangan peruntukan yang besar untuk membiayai kenaikan gaji ini,” katanya.

Lebih mendukacitakan terang beliau, apabila pimpinan PH berkali-kali menyatakan bahawa bilangan penjawat awam terlalu besar dan perlu dikecilkan seperti kenyataan YAB Tun Dr Mahathir bahawa pertambahan seramai 700,000 kepada 1.7 juta orang sejak beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri pada 2003.

“Manakala YB Tony Pua pernah menggelarkan penjawat awam sebagai ‘biawak hidup’ kerana bilangan yang besar dan menelan belanja sehingga 36 peratus dari keseluruhan Belanjawan 2017.

“Kerajaan Pentadbiran PH juga berhasrat ingin mengecilkan saiz penjawat awam melalui Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam bertajuk ‘Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam’ bertarikh 26 Disember 2018 yang menjelaskan bahawa Kerajaan PH akan menjalankan langkah rasionalisasi penjawat awam dengan mengurangkan kakitangan sebanyak 1 peratus dari 1.7 juta penjawat awam atau 17,000 jawatan pada tahun ini, 2019.

“Sebanyak 2 peratus atau 34,000 lagi pada tahun 2020 dan 51,000 lagi atau 3 peratus pada 2021.”

Jelas beliau, perkara ini bakal meningkatkan beban kerja penjawat awam sedia ada malah boleh menjejaskan keseimbangan antara kehidupan dan kerjaya.

“Apa pandangan semua?” soal beliau. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit