Laporan Polis
KUANTAN 1 Feb–NGO dan Agensi Islam Pahang membantah sekeras-kerasnya diatas penghinaan pihak tidak bertanggungjawab terhadap Tuanku Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan menegaskan sesiapa yang tidak setuju dan tidak menerima apa yang telah diperuntukkan oleh undang-undamg pemasyhuran ini bolehlah mencari bumi selain Malaysia untuk bermaharajalela dengan keangkuhan anda. Dengan laporan Polis yang kami majukan ini , kami berharap bukan sahaja tiada lagi berlaku bahkan pihak berwajib perlu tampil mengambil tindakan.