Selepas Kasut Hitam Dan Stokin, Nak Bolot Kerja SPRM Pula?


KUALA LUMPUR, 16 Nov – Pemuda UMNO Malaysia menyeru Dr Maszlee Malik agar fokus kepada tugas hakikinya sebagai Menteri Pendidikan dengan merencanakan dasar serta melaksanakan agenda pembangunan pendidikan negara.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan, itu lebih adil kepada pihak kementerian secara keseluruhannya berbanding membazir menubuhkan Pasukan Khas serta menyerahkan tugas tersebut kepada pihak berkuasa sedia ada yang telah pun diberi mandat.

“Jika benar ada ketirisan, penyelewengan dan apa jua bentuk penyimpangan kepimpinan terdahulu, lebih baik serahkan bukti-bukti tersebut kepada pihak berwajib seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang lebih berautoriti untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan.

“Cadangan menubuhkan Pasukan Khas di kalangan kakitangan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dan membongkar kesalahan pentadbiran lalu akan hanya membazirkan masa, tenaga dan wang sedangkan sudah ada agensi lain yang diberi mandat menjalankan tugas tersebut,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Asyraf Wajdi berkata demikian ketika merujuk kenyataan Maszlee yang mahu membentuk Pasukan khas bagi menyiasat kesalahan pentadbiran terdahulu membabitkan kementeriannya antaranya seperti isu Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan program bantuan susu kepada pelajar sekolah.

Tambahnya lagi, seharusnya Maszlee mengambil serius teguran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu sistem pendidikan negara dikaji semula.

“Rakyat juga masih ternanti-nanti cadangan bernas menteri untuk mendatangkan sesuatu yang lebih bermakna kepada rakyat berbanding dengan idea kasut hitam dan stokin yang sehingga hari ini menjadi polemik seantero negara,” ujarnya. – Media UMNO.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.