UMNO Beaufort Hargai Keprihatinan Kepimpinan Tertinggi UMNO, Aspirasi Khidmat Bakti Kepada Rakyat

BEAUFORT, 26 Feb – Keprihatinan kepimpinan tertinggi UMNO terhadap rakyat khususnya mereka yang ditimpa musibah sentiasa dihargai malah menjadi bukti bahawa parti tersebut sentiasa mendukung khidmat bakti berterusan. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menzahirkan penghargaan dan rasa terharu dengan usaha yang dilakukan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa […]

» Read more

Formula ABCDE Mantapkan Lagi UMNO/BN Hadapi PRU16 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 19 Feb – UMNO/ Barisan Nasional (BN) perlu menggunakan lima formula bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, lima formula yang digunakan adalah memastikan parti dalam keadaan kesiapsiagaan tinggi. “Pertama adalah Aktiviti (A) iaitu kita kena banyak mengadakan aktiviti […]

» Read more

UMNO Beaufort Siap Siaga Depani PRN, Sedia Tanding DUN Klias Dan Kuala Penyu – Awang Aslee

BEAUFORT, 19 Feb – UMNO Bahagian Beaufort telah membuat persediaan bagi menghadapi Kuala Penyu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ketika tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) masih berbaki sehingga Oktober tahun depan. Ketuanya Datuk Awang Aslee Lakat berkata dalam hal ini ketetapan ini telah dipersetujui menerusi mesyuarat ahli jawatankuasa UMNO bahagian itu yang beliau pengerusikan dengan bersedia untuk bertanding […]

» Read more

UMNO Perlu Jadi ‘Hero’, Berani Bersuara Jangan Pekakkan Telinga – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menggesa semua ahli parti di setiap peringkat agar berani menyuarakan pendapat dan menolak apa-apa kenyataan yang berbaur perkauman. Tegasnya, kenyataan demi kenyataan yang mengguris sensitiviti penduduk Melayu Bumiputera amat berbahaya terutamanya yang melibatkan dalam perlembagaan negara. “UMNO perlu terus menjadi ‘hero’ dan barisan hadapan dalam isu-isu […]

» Read more

UMNO Mesti Kuasai Media Sosial Untuk Fakta Yang Betul, Berani Salurkan Suara Rakyat – Jeffery Noor

KOTA KINABALU, 15 Feb – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Negeri Sabah, Jeffrey Nor Mohamed menegaskan bahawa ahli-ahli UMNO mesti berani bagi menjadi saluran kepada suara rakyat dengan mendapatkan fakta dan data yang betul. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Putatan menekankan bahawa dalam hal ini generasi muda khususnya Pemuda dan Puteri UMNO adalah golongan penting bagi memenuhi kehendak rakyat. […]

» Read more

Optimumkan Penggunaan Media Sosial, Sebarluaskan Peranan UMNO – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 9 Feb – Penggunaan media sosial perlu dioptimumkan sepenuhnya oleh ahli UMNO dalam usaha menyebarluaskan pengaruh parti itu secara lebih positif kepada rakyat. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, dengan adanya pengaruh media sosial, rakyat dan pengundi khususnya pengundi muda boleh didekati dengan cara yang lebih berhemah dan bijaksana selari dengan perkembangan dunia […]

» Read more

Jalaluddin Sifatkan UMNO Negeri Sembilan Berada Dalam Posisi Tersendiri

KUALA LUMPUR, 6 Feb – UMNO Negeri Sembilan berada dalam posisinya yang tersendiri malah kekuatan serta kesepaduannya hari ini cukup baik serta bergerak satu barisan dalam usaha memastikan parti terus mencapai kejayaan. Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata segala desas-desus yang cuba dikaitkan dengan UMNO negeri berkenaan adalah tidak berasas malah kesemua lapan ketua bahagian menyatakan solidariti masing-masing terhadap kepimpinan […]

» Read more

Ahli UMNO Perlu Terus Kuatkan Semangat, Fokus Kepada Perjuangan – Mohd Kurniawan

KINABATANGAN, 31 Jan – Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Kurniawan Naim berharap agar seluruh ahli dan penyokong parti kekal setia kepada perjuangan dengan perkuat semangat serta kekal fokus sepenuh usaha untuk bangkit kembali bagi menghadapi cabaran akan datang khususnya ketika parti bakal berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Beliau turut berharap agar semangat perjuangan ahli-ahli UMNO turut […]

» Read more

Persidangan Cawangan  UMNO Bermula 22 April, Bahagian 21 Jun Dan PAU 21 Ogos

KUALA LUMPUR, 26 Jan – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini memutuskan berkenaan tarikh-tarikh untuk diadakan Persidangan Tahunan Cawangan dan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian untuk Tahun 2024. Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata turut diputuskan adalah tarikh untuk diadakan Perhimpunan Agung UMNO 2024 yang akan bermula pada 21 sehingga 24 Ogos 2024. “MKT telah memutuskan tarikh-tarikh […]

» Read more
1 125 126 127 128 129 596