Ahli Akar Umbi Tak Patah Semangat, Tekad Bangkit Perkukuh Semula UMNO

TANJUNG MALIM, 21 Mei – Keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional (BN) tidak mematahkan semangat ahli-ahli UMNO di akar umbi dalam membina semula keyakinan agar parti terus mengorak langkah jauh ke depan selepas ini. Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Khusairi Abdul Talib yakin dengan pelbagai pendekatan dan juga langkah yang akan diambil oleh […]

» Read more

3 Arahan, 3 Keputusan, Ok … Ok … 01 Haribulan Jun Nanti Jadi Tak 0% GST?

Pada 14/05/2018, salah seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan, TS Dr Zeti Akhtar Aziz, telah mengumumkan bahawa kaedah penghapusan GST akan diumum dalam masa 100 hari. Baca di sini dan tonton video di bawah. Pada 16/05/2018, dua hari kemudian, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan bahawa kadar GST akan menjadi 0% berkuat kuasa pada 01/06/2018. Baca di sini dan tonton […]

» Read more

Alamak! Hutang Negara Dah Cecah Trillion!

BANYAK betul persepsi-persepsi yang tidak masuk akal dilontarkan ke atas hutang negara kita. Berbahayakah hutang negara Malaysia? Mari, bersama saya kita kupas satu-persatu kenapa saya mengatakan bahawa ia tidak berbahaya, hatta kalau nak dibandingkan dengan Sri Lanka dan seumpama dengannya! Hutang negara yang direkodkan setakat 31 Disember 2017 berada pada paras 50.8% berbanding KDNK negara. Ia sebenarnya mencatatkan penurunan dari […]

» Read more

Mempengerusikan Mesyuarat

JOHOR BAHRU 21 Mei — Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini hari ini. Hadir sama, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Md Jais Sarday, Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Samsolbari Jamali dan Ketua Wanita UMNO Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain. Foto-Utusan

» Read more

Pemilihan UMNO Peluang Parti Pamer Kesungguhan Laksana Pembaharuan

JOHOR BAHRU, 22 Mei – UMNO Johor melihat pemilihan parti yang bakal berlangsung adalah peluang bagi UMNO untuk lakukan pembaharuan dan mempamerkan kesungguhan untuk berubah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selaras dengan itu, Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Johor yang diadakan petang tadi memutuskan semua peringkat jawatan dalam parti itu mesti dipertandingkan. “Kita (UMNO Johor) […]

» Read more

Bersama UMNO Pahang

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan ucapan sewaktu perjumpaan Khas Bersama UMNO Negeri Pahang di Menara Dato’ Onn petang tadi, turut kelihatan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Foto:MediaUMNO

» Read more

Bersama UMNO Pahang

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Pengerusi UMNO Negeri Pahang Dauk Seri Adnan Yaakob memberikan ucapan aluan pada perjumpaan Khas Bersama UMNO Negeri Pahang di Menara Dato’ Onn petang tadi. Turut kelihatan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. […]

» Read more

Bersama UMNO Pahang

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersalaman ketika perjumpaan Khas Bersama UMNO Negeri Pahang di Menara Dato’ Onn petang tadi. Foto:MediaUMNO

» Read more

Yakini Kepimpinan Parti, Bangkit Bersama Untuk UMNO Lebih Kukuh – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 21 Mei – UMNO sentiasa menerima cabaran dan kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) lalu adalah dugaan terbesar yang pernah berlaku namun ahli-ahli parti perlu yakin bahawa UMNO akan kembali bangkit, kata Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan. Katanya, ahli-ahli UMNO perlu memberikan kepercayaan kepada Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menjalankan […]

» Read more
1 4,554 4,555 4,556 4,557 4,558 4,569