Apa Justifikasi Pembinaan Jambatan Bengkok? Kerajaan PH Digesa Buat Kajian Menyeluruh

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong melahirkan rasa terkilan terhadap jawapan yang diberikan oleh Menteri Kerja Raya berhubung justifikasi pembinaan Jambatan Bengkok yang ditangguhkan beberapa tahun sebelum ini. Serentak itu beliau menggesa agar kerajaan melihat secara mendalam dan membuat kajian sepenuhnya berhubung perkara berkenaan bagi memastikan permasalahan pokok  dapat diselesaikan. […]

» Read more

Sultan Sallehuddin Selamat Ditabal Sultan Kedah Ke-29

ALOR SETAR, 22 Okt – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini selamat ditabal sebagai Sultan Kedah Ke-29 dalam satu istiadat pertabalan yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Anak Bukit di sini. Sebaik selesai ditabalkan, baginda Sultan kini bergelar Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Istiadat Pertabalan baginda itu juga berlangsung dalam suasana penuh […]

» Read more

Tindakan Ke Atas Pemimpin UMNO Bermotif Politik

JOHOR BAHRU, 18 Okt – Sejak akhir-akhir ini, terdapat tindakan yang dikenakan ke atas pemimpin UMNO yang disifatkan adalah bermotifkan politik dan percaya ia merupakan pendakwaan yang dibuat secara terpilih, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad. Tegasnya, UMNO sudah terlibat secara langsung dalam menggubal undang-undang Persekutuan dan sejak itu, UMNO sentiasa berpegang teguh kepada keluhurannya. […]

» Read more

“Bina Jambatan Kecil Pun Tidak Mampu, Bagaimana Nak Buat Jambatan Bengkok?” – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 18 Okt – “Kerajaan Singapura pun tidak setuju dengan pembinaan jambatan bengkok jadi jambatan ni nak ‘landing’ di tanah mana…?” itu persoalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berhubung cadangan untuk melaksanakan semula projek jambatan bengkok yang pernah menjadi agenda Tun Dr Mahathir Mohamad. Jelas beliau, kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) seharusnya mengutamakan keperluan […]

» Read more

Projek Jambatan Bengkok : Hanya Untuk Teruskan Agenda Mahathir, Bukan Untuk Rakyat – Khaled

JOHOR BAHRU, 17 Okt – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa kesal dengan pengumuman bahawa Kerajaan akan mengadakan mesyuarat dengan Singapura untuk melihat kebarangkalian menghidup dan menjalankan semula projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dan Singapura. “Lebih penting, perkembangan ini menggambarkan bahawa kerajaan hari ini hanya lebih berminat untuk meneruskan agenda dan impian Tun Dr. Mahathir […]

» Read more

Hikayat Hapus Tol, Pekikkah Lagi Puchong Dan Simpang Renggam?

KUALA LUMPUR, 12 Okt – “Bukan main memekik Puchong dan Simpang Renggam sampai buat video dan poster berjuta-juta orang ‘like’ dan tonton. Hari ini, apa cerita?”, soal bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Sinis Najib dalam catatan di ‘facebook’nya itu secara jelas merujuk kepada tindakan calon Pakatan Harapan (PH) ketika pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang lalu bagi kawasan […]

» Read more

Rakyat Perlis Dinasihat Tidak Terpengaruh Dengan Perbezaan Ideologi Dan Agama – Azlan Man

KANGAR, 8 Okt – Rakyat Perlis dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak terpengaruh dengan elemen-elemen gerakan perbezaan ideologi dan agama yang akan membawa kepada konflik seperti pepecahan yang berlaku di sesetengah negara luar. Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata sekiranya ia diamalkan di negara ini ia akan memberikan kesan besar kepada negara sekali gus menggugat keselamatan negara. “Perlis bukan tempat […]

» Read more

Jangan Terus Bernostalgia Dengan Kekalahan, PAU2018 Langkah UMNO Untuk Bangkit

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Perhimpunan Agung UMNO 2018 sudah empat hari berlalu yang memperlihatkan perjalanan perhimpunan tersebut bukan sahaja lancar, meriah dan bersemangat namun penuh dengan saranan serta azimat untuk melihat UMNO bangkit semula. Bermula dengan persidangan sayap-sayap, ucapan dasar presiden dan perbahasan, kesemuanya menjurus kepada keazaman bukan sahaja memperkukuhkan semula parti yang dianggotai orang Melayu dan Bumiputera terbesar […]

» Read more

Ugutan Guan Eng Merupakan Pemikiran KBAT Yang Paling Luar Biasa – Najib

Sebelum dan apabila cukai SST dilaksanakan, Lim Guan Eng telah beberapa kali berjanji bahawa harga rumah akan turun melalui SST kerana bahan mentah untuk pembinaan rumah seperti pasir, batu-bata dan simen akan dikecualikan dari cukai SST. Apabila rata-rata pemaju menyatakan bahawa cukai SST tidak akan mengurangkan harga rumah, Guan Eng berang. Beberapa hari dahulu. dia mengugut bahawa segala pengecualian SST […]

» Read more
1 405 406 407 408 409 416