UMNO Parit Sulong Sahut Seruan Lancar Program Halaqah, Rapatkan Ukhuwah Akar Umbi – Zulkurnain

PARIT SULONG, 17 Jan – UMNO Bahagian Parit Sulong telah berjaya menjadi antara bahagian terawal di Malaysia menyahut seruan pelaksanaan program halaqah di peringkat bahagian sepertimana saranan Majlis Ulama UMNO Malaysia baru-baru ini, kata Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkurnain Kamisan. Menurutnya, program yang diadakan ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan penduduk setempat serta memantapkan lagi kefahaman tentang Islam. […]

» Read more

HUDA Pencetus Gerakan Kembalikan UMNO Pada Akarnya, Perkasa Kedudukan Parti – Dr Asyraf

BENTONG, 20 Nov – Majlis Himpunan Ulama Dan Agamawan (HUDA) merupakan salah satu gerakan untuk mengembalikan semula kekuatan di samping memperkasakan semula kedudukan UMNO. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebenarnya tidak ada parti yang mampu dan terbukti membangunkan Islam selama ini kecuali UMNO. “Sebenarnya tidak ada parti yang mampu dan terbukti berjaya membangunkan Islam di tanah […]

» Read more

“Pas Boleh Dakwa Pejuang Islam, Tetapi Jangan Nafikan UMNO Turut Perjuangkan Islam” – Mohd Khairuddin

  KUALA NERUS, 27 Jun – UMNO/Barisan Nasional (BN) sememangnya memperjuangkan Islam semenjak ianya ditubuhkan sehingga kini. Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh UMNO/BN dalam memperjuangkan Islam sebagai contoh melalui dasar pendidikan dan sistem perbankan Islam. “Pas boleh mendakwa mereka pejuang Islam tetapi jangan menafikan bahawa UMNO turut […]

» Read more

Mahdzir Tegaskan Tiada ‘Warlord’ UMNO Kedah Sertai PN

ALOR SETAR, 20 Jun – UMNO Kedah menafikan terdapat ‘warlord’ atau pemimpin utama parti di negeri itu yang akan menyertai Perikatan Nasional (PN) sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti yang uar-uarkan sebelum ini. Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, dakwaan itu hanya persepsi dan mainan propaganda menjelang PRN yang direka oleh PN untuk meraih sokongan rakyat. […]

» Read more

Wujudkan KPI Nilai Pemimpin Parti… Kembalikan Kegemilangan UMNO – Ahmad Zahid

KOTA BHARU, 15 Mac – Untuk memberikan semula kemenangan kepada UMNO, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar petunjuk prestasi utama (KPI) diletakkan bagi menilai pemimpin-pemimpin parti. Ujarnya, penilaian tersebut akan dilakukan oleh ahli dan akar umbi parti mengenai sejauh mana prestasi pemimpin parti membantu UMNO kembali gemilang. “Saya mahu mengingatkan diri saya dan rakan-rakan bahawa kita harus […]

» Read more

Peranan Ulama Penting, Jadi Rujukan Kerajaan – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 18 Feb – Ulama memainkan peranan penting dalam sesebuah kerajaan yang dibentuk kerana golongan terbabit menjadi rujukan sebelum sesuatu polisi atau dasar dilaksanakan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ketika menyampaikan ucapan aluan pada majlis Liqa’ Perdana Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah di kediaman rasmi Sri Satria di sini malam tadi, Ahmad Zahid berkata pandangan […]

» Read more

UMNO Kutuk Sekeras-Kerasnya Pembakaran Al-Quran Di Sweden

KUALA LUMPUR, 23 Jan – UMNO mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seorang ahli politik  pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm baru-baru ini. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata dalam satu kenyataan tanpa mengambil kira apakah niat sebenar pelaku, perbuatan keji Paludan adalah suatu provokasi jelas dan amat tidak menghormati masyarakat penganut […]

» Read more
1 2 3 4 5 18