Sifat Keterbukaan Parti Bukti UMNO Masih Relevan Dan Kuat – Noraini Ahmad

  KUALA LUMPUR, 25 Jun – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Noraini Ahmad berkata, sambutan hangat dalam pemilihan UMNO pada penggal ini jelas menunjukkan bahawa parti keramat ini masih relevan dan sangat kuat. Jelas beliau, sambutan hangat ini juga membuktikan masih ramai yang sayangkan parti dan mereka mahu bersama-sama membina kembali UMNO. “Bila ada sifat keterbukaan ini, maka ia […]

» Read more

Najib Harap Pimpinan Baharu Sayap UMNO Dapat Galas Tanggungjawab Sebaiknya

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Bekas presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada semua kepimpinan sayap UMNO yang dipilih memegang jawatan pada pemilihan parti itu. Bekas perdana menteri itu berharap pemimpin yang memenangi jawatan itu dapat menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaiknya. “Tahniah kepada sayap-sayap UMNO dan semua yang dipilih untuk pegang jawatan. Semoga tanggungjawab dapat digalas sebaiknya,” […]

» Read more

Pemuda Buang Imej Elitis, Bangsawan Untuk Dekati Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemuda UMNO akan membuang imej elitis dan bangsawan untuk mendekati rakyat demi membina semula kepercayaan terhadap parti tersebut, kata ketuanya yang baharu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Apa yang kami akan buat selepas pembentukan Exco ialah kita akan jelajah ke seluruh 191 bahagian, dan kita akan tidur di rumah Ketua Pemuda Cawangan di kampung-kampung. Tidak lagi […]

» Read more

Wanita UMNO Siap Sedia Bantu Pulihkan UMNO

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Wanita UMNO di bawah kepimpinan baharu kini bersiap sedia untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan masyarakat terhadap parti itu selepas dipukul badai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Ketua Wanitanya Datuk Dr. Noraini Ahmad. Beliau berkata itu misi utama dalam membina semula Pergerakan Wanita sebagai tulang belakang parti dalam membantu UMNO untuk terus digeruni kawan dan […]

» Read more

Budaya Baru Pemilihan UMNO Kali Ini Sangat Positif dan Konstruktif Tanpa Unsur Negatif

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru, Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa pemilihan sayap parti UMNO pada kali ini telah menzahirkan satu perspektif yang baru terhadap budaya pemilihan UMNO yang sangat positif. Menurut beliau, secara peribadi ini merupakan kali pertama beliau terlibat dengan pemilihan di peringkat pusat dan menyaksikan sendiri bagaimana pemilihan UMNO kali ini […]

» Read more

Noraini, Dr Asyraf Dan Zahida Trio Baru Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Datuk Dr Asyraf Wajdi Dato Dusuki secara rasmi diumumkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baru setelah terpilih di dalam pemilihan UMNO bagi sesi 2018-2021 apabila berjaya menewaskan sembilan calon lain di dalam pemilihan kali ini. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula dimenangi oleh Syahril Suffian Hamdan juga dengan menewaskan sembilan calon […]

» Read more

Syabas Dan Tahniah Kepada Ketua Sayap UMNO Yang Terpilih – Zahid

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi mengucapkan tahniah dan syabas di atas kemenangan yang diperolehi oleh semua ketua-ketua baru sayap yang terpilih bagi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dalam pemilihan sesi 2018-2021 semalam.. Jelasnya, pemilihan secara terbuka di semua peringkat telah […]

» Read more

Pengumuman Keputusan Pemilihan Sayap UMNO Akan Diumum Ahad, 24 Jun

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengumuman keputusan muktamad pemilihan sayap-sayap UMNO yang melibatkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan hanya diumumkan esok Ahad, 24 Jun pada pukul lima petang. Menurut beliau, penangguhan ini ekoran masih banyak lagi bahagian-bahagian yang masih belum selesai mengadakan pengiraan undi memandangkan ada diantaranya yang mengadakan […]

» Read more

Najib Menang Tanpa Bertanding Ketua UMNO Bahagian Pekan

KUALA LUMPUR, 23 Jun  — Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak adalah antara 74 Ketua Bahagian yang diumum menang tanpa bertanding pada Pemilihan UMNO Bahagian kali ini. Najib yang juga bekas Perdana Menteri dan anggota Parlimen Pekan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan tanpa pencabar. Selain Najib, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO Datuk Seri Dr […]

» Read more

Keputusan Pemilihan Sayap UMNO Selewat-Lewatnya 12 Malam – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Keputusan pemilihan ketua dan barisan Exco sayap UMNO yang diadakan serentak seluruh negara hari ini dijangka akan diketahui selewat-lewatnya pada pukul 12 malam nanti. Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata walau bagaimanapun keputusan berkenaan bergantung kepada mesyuarat terakhir bahagian yang masih berjalan dan belum selesai sepenuhnya. “Laporan semasa keputusan kita masih menunggu […]

» Read more
1 2,707 2,708 2,709 2,710 2,711 2,732