Anggota UMNO Perlu Kembali Kepada Semangat Perjuangan Lama

MARAN, 30 Jun – UMNO sukar untuk ditewaskan jika setiap anggotanya mengamalkan prinsip persaudaraan dan kesetiaan seperti semangat perjuangan menentang Malayan Union dahulu. Ketua Bahagian UMNO Maran Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib mendakwa namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya menyebabkan UMNO tewas kerana sikap anggoya parti itu sendiri yang ‘membuka empang’ kepada lawan. “Kembalilah bersatu dalam wadah UMNO […]

» Read more

Noh Omar Lepas Jawatan Pengerusi UMNO Selangor

TANJONG KARANG, 30 Jun – Tan Sri Noh Omar akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor susulan gagal menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas. Beliau yang menerajui UMNO Selangor sejak 2013 berkata keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab atas kekalahan teruk parti berkenaan di negeri terbabit. Noh berkata beliau akan melepaskan jawatannya selepas […]

» Read more

UMNO Kemuka Rayuan Kepada SPRM Untuk Guna Wang Akaun Dibekukan – Zahid

BAGAN DATUK, 30 Jun – UMNO telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar sebahagian daripada akaun parti yang dibekukan dapat diguna untuk tujuan pentadbiran dan pembayaran gaji. Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata permohonan itu telah dikemukakan kepada SPRM semalam oleh Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan […]

» Read more

Pemuda UMNO Perlu Miliki Semangat Jati Diri – Asyraf Wajdi

PASIR PUTEH, 30 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan setiap anggotanya mempunyai semangat jati diri dan memiliki bakat baharu untuk bangkit semula memperjuangkan nasib bangsa dan agama. Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka akan diterapkan dengan nilai-nilai berkerja untuk kepentingan parti tanpa mengharapkan ganjaran wang ringgit. “Saya akan mendekati mereka dengan bergerak ke seluruh negara dalam tempoh […]

» Read more

Anggota UMNO Bagan Dipecat Kerana Bersekongkol Dengan PH

ALOR GAJAH, 30 Jun — UMNO pusat telah menerima surat laporan berhubung dua anggota Bahagian UMNO Bagan yang dipecat semalam kerana bersekongkol dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lepas. Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata mana-mana anggota UMNO yang bersekongkol dengan parti lain demi menjatuhkan UMNO serta pucuk pimpinannya dianggap melanggar prinsip asas […]

» Read more

Akaun UMNO Negeri Sembilan Tidak Dibekukan – Mohamad

SEREMBAN, 30 Jun – Akaun UMNO Negeri Sembilan dan Bahagian Rembau tidak terlibat dalam pembekuan aset oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pembekuan beberapa akaun UMNO ada kaitan dengan penyiasatan 1 Malaysia Development Bhd (1MDB). “Setakat petang semalam, saya sudah minta pejabat supaya bertanyakan pada bank tentang keadaan akaun UMNO perhubungan […]

» Read more

Tindakan Beku Akaun UMNO Pusat Dipertikai

PEKAN, 30 Jun – Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempertikaikan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang membekukan beberapa akaun yang didakwa mempunyai kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), termasuk akaun Ibu Pejabat UMNO Pusat dan UMNO negeri. Bekas perdana menteri itu berkata pihak berkuasa sepatutnya hanya membekukan akaun individu yang hendak disiasat dan bukannya menjadikan […]

» Read more

Siasatan Akaun UMNO Mengikut Akta Amla Tidak Wajar – Shahrir

JOHOR BAHRU, 30 Jun – Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberukan akaun UMNO untuk disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) adalah tidak wajar kerana akta berkenaan tidak seharusnya digunakan untuk parti politik. Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata ia seolah-olah memberi gambaran […]

» Read more

191 UMNO Bahagian Bersidang, Pemilihan Tentukan Barisan Pemimpin Parti

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Lebih 100 ribu perwakilan UMNO dari 191 Bahagian memulakan persidangan hari ini serentak dengan pemilihan bagi menentukan barisan kepimpinan parti di semua peringkat iaitu pusat dan bahagian. Bagi peringkat Pusat, semua jawatan dipertandingkan secara terbuka dengan melibatkan 140 orang calon yang menawarkan diri bertanding dalam Pemilihan UMNO 2018 telah pun dimuktamadkan selepas semua calon berdaftar […]

» Read more

Isu Bahasa: NGO Serah Memorandum, Tuntut Guan Eng Mohon Maaf

PUTRAJAYA, 29 Jun – Lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu diketuai Penasihat Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tun Hanif Omar hari ini menyerahkan Memorandum Mendaulatkan Bahasa Melayu Dalam Pentadbiran Kerajaan Malaysia kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Memorandum empat muka surat itu antara lain mengandungi desakan agar Guan Eng menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi pentadbiran kerajaan dan menarik […]

» Read more
1 2,701 2,702 2,703 2,704 2,705 2,732