Zahid Umum Ahli Majlis Tertinggi Lantikan Dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO lantikan mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan UMNO dan juga Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO dan pimpinan negeri-negeri. Menurut Zahid, ini merupakan langkah pertama UMNO menuju pembaharuan agar parti terus relevan dalam pentas politik tanah air. “Selaras dengan pemilihan yang baharu, saya sebagai Presiden […]

» Read more

PRK Sungai Kandis Ujian UMNO Mantap Kedudukan, Kembali Keyakinan Rakyat

PASIR SALAK, 13 Julai – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan menjadi ujian dan masa terbaik bagi UMNO memantapkan semula kedudukannya dan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti politik pembangkang itu. Anggota Veteran UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata sebagai pembangkang yang memegang konsep “check and balance” (semak dan imbang), PRK itu menjadi platform terbaik […]

» Read more

‘Penjimatan’ Yang Meragukan, Tunjuk Bukti Dan Tak Perlu Acah Jadi Wira – Pemuda

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar mendedahkan kepada umum hasil kajian terperinci berhubung ‘penjimatan’ yang telah mereka lakukan terhadap beberapa projek mega kerajaan terdahulu. Naib Ketuanya Shahril Sufian Hamdan berkata perkara terakhir dalam 10 janji 100 hari pentadbiran kerajaan PH adalah untuk melaksanakan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang sedang dilaksanakan. “Memandangkan […]

» Read more

Semoga TS Muhyiddin Yassin Dan Datuk Ahmad Zakiyuddin Segera Sembuh – Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendoakan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang kini sedang mendapatkan rawatan di hospital agar segera sembuh dan dapat kembali menjalan tugas seperti biasa. Dalam satu kenyataan media, beliau memohon Allah memberikan kekuatan dan ketabahan […]

» Read more

UEC Agen Pemusnah Perpaduan Rakyat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, UMNO menentang sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik bahawa kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) seperti yang terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan. Menurut beliau, selain merendahkan taraf sekolah aliran kebangsaan, ia sama sekali tidak mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan dan hanya melebarkan jurang pemisah […]

» Read more

Najib Turun Harga Minyak Akan Turun Ternyata Hanya Satu Mitos

KEPALA BATAS, 13 Julai – Pemerhati Politik Azizi Safar berkata, kenyataan pembangkang semasa berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bahawa harga minyak petrol akan turun sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak djatuhkan kini terbukti hanyalah satu mitos dan urban legend. Jelas beliau, sehingga kini kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan masih lagi menggunapakai harga semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan […]

» Read more

Kerajaan PH Digesa Segera Atasi Isu Sekolah Tahfiz, UEC Dan Peningkatan Harga Barang

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pemuda UMNO Permatang Pauh menggesa agar kerajaan Pakatan Harapan ( PH)  mengatasi segera kontroversi serta kemelut mengenai  Sekolah Tahfiz, Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) Dan Peningkatan Harga Pasaran Barangan. Ketuanya, Anuar Faisal Yahya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online berkata perkara berkenaan harus dipandang serius oleh kerajaan PH hari ini bagi mengelakkan ianya terus berpanjangan. “Pergerakan […]

» Read more

UMNO Tentang Sebarang Usaha Rai Dan Sebarkan Mazhab Syiah

BAGAN DATUK, 12 Julai – Sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk meraikan mazhab Syiah dan membebaskan ia disebarkan di negara ini perlu ditolak sekeras-kerasnya, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tegas Ahmad Zahid, walaupun menghormati pengikut mazhab itu, namun usaha untuk mengasimilasikan fahaman itu di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini bakal menyebabkan perpecahan […]

» Read more

Cadangan Guna Logo UMNO Pada PRK Sg Kandis Akan Diteliti Biro Politik

BAGAN DATUK, 12 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan untuk menggunakan logo UMNO pada Pilihan Raya Kecil (PRK)  Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan diteliti Biro Politik parti sebelum sesuatu keputusan dibuat. Menurut beliau sungguhpun ianya telah dibincangkan dalam jawatankuasa pengurusan parti, namun cadangan tersebut akan dibawa ke dalam mesyuarat Biro Politik untuk […]

» Read more

UMNO Selangor Serah Empat Nama Calon Untuk PRK Sungai Kandis

TANJONG KARANG, 12 Julai – UMNO Selangor menyerahkan kepada presiden parti senarai empat nama calon yang berpotensi untuk dipertaruhkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos depan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata empat nama itu terdiri daripada pemimpin tempatan lelaki dan wanita. “Yang kami hantar senarai  nama pimpinan UMNO, namun ini bukan […]

» Read more
1 2,692 2,693 2,694 2,695 2,696 2,733