Pandikar Amin dan Salleh Said Dilantik MT UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mengisi kekosongan dalam jawatan terbabit, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa. “Presiden setuju melantik Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mengisi kekosongan dalam MT dengan mengambil kira beliau mempunyai pengalaman yang luas berkaitan tatacara persidangan […]

» Read more

UMNO Kalabakan Nafi Tujuh AJK Keluar Parti

TAWAU, 16 Julai – UMNO Kalabakan hari ini menafi sekeras-kerasnya tujuh Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian yang baharu dilantik keluar parti bersama 2,000 ahli dari 45 cawangan parti di kawasan itu. Ketua Bahagian UMNO, Abdul Karim Wahid berkata dakwaan wakil rakyat Sebatik, Datuk Abdul Muis Picho, yang dulunya bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kalabakan dan kini menyertai Parti Warisan Sabah […]

» Read more

Ahli Parlimen BN, Pas Keluar Dewan Bantah Pelantikan Speaker Tidak Ikut Prosedur – Zahid

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa anggota Barisan Nasional serta PAS bertindak keluar dari Dewan Rakyat pagi ini sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu. Ahmad Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk, berkata tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan […]

» Read more

Ahmad Zahid Dipilih Sebagai Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang dengan persetujuan parti-parti bukan kerajaan. Setiausaha Agung UMNO yang juga anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata persetujuan itu dicapai selepas satu mesyuarat antara parti pembangkang iaitu Barisan Nasional (BN) dan Pas semalam. “Semalam satu perjumpaan antara BN dan Pas telah diadakan […]

» Read more

Tun M Terlalu Banyak Menipu Rakyat – Anina

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Presiden Empirical Malaysia, Anina Saaduddin mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) terlalu banyak menipu rakyat. Soal beliau, kenapa apabila berkuasa, Tun M tidak mendakwa mantan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atas isu RM2.6 billion? “Saya temui banyak bukti tentang pembohongan Tun M apabila Tun M sendiri pada tahun […]

» Read more

Senarai Penuh Jawatankuasa UMNO Pulau Pinang Dua Minggu Lagi

GEORGE TOWN, 15 Julai  – Anggota Jawatakuasa Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang yang baharu akan ditentukan selepas mesyuarat pertama yang dijangkan akan diadakan dalam tempoh dua minggu lagi. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang baharu dilantik Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata beliau memerlukan masa untuk mengadakan perbincangan dengan semua ketua-ketua bahagian, pemuda dan puteri UMNO negeri bagi menentukan hala tuju […]

» Read more

Khaled Ucap Terima Kasih Atas Pelantikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YB Presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi atas di atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis. Menurut beliau, amanah dan kepercayaan ini akan dipikul sebagai mungkin dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO. “Saya juga sedar perlantikan saya […]

» Read more

Kenyataan Media Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa

Saya dengan penuh keinsafan dan rendah diri menerima PERLANTIKAN SAYA SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG UMNO YANG BARU, seperti di umumkan oleh Presiden UMNO hari ini 2) Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan Presiden bagi saya memikul tugas yang sangat berat lagi mencabar ini 3) Saya berkesempatan duduk dan berbincang hati ke hati dengan Presiden UMNO sebelum perlantikan ini di buat. Saya […]

» Read more

Tanggungjawab Kerajaan PH Pelihara Identiti Malaysia, Bukan Iktiraf UEC

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Wanita UMNO mendesak supaya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meneliti dengan mendalam kesan pengiktirafan UEC terutamanya sebagai kelayakan untuk kemasukan ke IPTA kerana ia merupakan tanggungjawab kerajaan dalam memastikan identiti negara dan perpaduan di kalangan rakyat terus dipupuk serta dipelihara, bukan diretakkan oleh perbezaan medium komunikasi di antara mereka. Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata demikian […]

» Read more

Barisan MT Dan Pengerusi BPUN Mampu Kembalikan Keyakinan Rakyat – Wanita UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Wanita UMNO menyambut baik pengumuman Presiden parti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam perlantikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri hari ini. Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata Wanita UMNO menaruh harapan yang tinggi agar amanah yang telah diberikan ini akan dilaksanakan sebaik mungkin dalam perjuangan mengembalikan keyakinan rakyat kepada […]

» Read more
1 2,691 2,692 2,693 2,694 2,695 2,733