Kumpulan Pemantau Akur, Tidak Mahu Dilabel Penentang Undang-undang

KUALA LUMPUR, 17 Julai – NGO Pemantau Malaysia Baru hari ini akur dengan arahan polis yang menghalang mereka daripada mengadakan himpunan yang sepatutnya bergerak ke bangunan Parlimen sebagai tanda memberi sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bagi merasmikan istiadat pembukaan Dewan Rakyat. Presiden kumpulan pemantau, Datuk Lokman Noor Adam menyifatkan tindakan menghalang peserta bergerak ke bangunan Parlimen sebagai […]

» Read more

Agong Rasmi Pembukaan Penggal Pertama Parlimen Ke-14

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenanmerasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang cukup signifikankerana buat pertama kali dalam sejarah menyaksikan Malaysia dipimpin kerajaan baharu, Pakatan Harapan. Mesyuarat ini juga melakar sejarah tersendiri kerana ini merupakan kali kedua Yang di-Pertuan Agongmerasmikan istiadat pembukaan penggal parlimen dalam tahun sama. Pada 5 […]

» Read more

Masa Depan Malaysia Untuk Semua, Titah Sultan Nazrin

IPOH, 17 Julai – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah tiada siapa patut diketepikan dalam perjalanan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah demokrasi matang agar setaraf dengan masyarakat dunia demokrasi maju yang lain. Tiada siapa harus dipinggirkan dalam proses demokrasi ini termasuk mereka yang mungkin tidak bersetuju, titah baginda. “Setiap orang di bumi Malaysia harus mengambil bahagian dan kita perlu melibatkan […]

» Read more

Pelaksanaan SST Bakal Tambah Beban Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata rakyat kini berasa bimbang dan curiga dengan langkah pelaksanaan SST kerana ia dijangka akan menaikkan harga barang sekurang-kurangnya 10 peratus untuk barangan dan enam peratus untuk berkhidmatan. Jelas beliau, perkara ini akan memberi kesan buruk terhadap kos sara hidup dan ia bakal menambah beban kepada […]

» Read more

Kerajaan PH : Isu Intergriti, Speaker, Zeti Dan ‘Rule Of Law’

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) lantaran kekecohan dalam persidangan Dewan Rakyat semalam yang menjadi bukti tiadanya integriti dalam kepimpinan mereka apabila perlantikan Speaker tidak mengikut peraturan. Katanya, hal tersebut bukan soal orangnya yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat tetapi peraturannya. “Sepatutnya notis 14 hari dihantar […]

» Read more

“Saya Akan Turun Ke Bawah, Amal Keterbukaan Untuk Perkukuh Parti” – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Setiausaha Agung UMNO Malaysia yang baru, Tan Sri Annuar Musa memberika jaminan akan sentiasa mengamalkan sikap dan dasar keterbukaan untuk sebarang kritikan, teguran dan apa juga yang bersifat membina parti dalam usaha UMNO untuk menjadi satu parti pembangkang yang agressif dan konstruktif. Menurut beliau, ahli-ahli UMNO boleh menghubungi beliau melalui apa juga cara, baik melalui […]

» Read more

PH Didesak Beri Penjelasan, Permulaan Kucar-Kacir, Pencanggahan Tarikh Surat Cadangan

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Pakatan Harapan (PH) didesak memberi penjelasan yang telus berkenaan percanggahan tarikh pengumuman dan pengesahan calon Yang di-Pertua Rakyat oleh pemimpin PH berbanding tarikh surat cadangan menamakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang diumumkan Setiausaha Dewan Rakyat hari ini. Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad melihat permulaan kucar-kacir PH dalam memulakan Sidang Dewan Rakyat ini […]

» Read more

Tindakan Ahli Parlimen Keluar Dewan Bukan Boikot Dewan Rakyat – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Ahli Parlimen Ketereh yang juga Setiausaha  Agung UMNO, Tan Sri Annuar  Musa berkata tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) keluar Dewan pagi tadi adalah untuk memberitahu kepada media setelah tidak dibenarkan untuk memberi sedikit penjelasan berhubung perlantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu. Menurut beliau mereka bersetuju dan mahu menyokong perlantikan […]

» Read more

Isu Pelantikan Speaker Dewan Rakyat : Ini Penjelasan Ketua Penerangan UMNO

a. *Menghormati peraturan dan undang undang adalah keutamaan UMNO* . Malah ketika BN menjadi kerajaan, itulah prinsip yang menjadi pegangan kita. Apatah lagi Parlimen akan hanya berjalan dengan tertib dan sempurna jika peraturan dewan dipatuhi oleh semua pihak. b. Hari ini UMNO sebagai Pembangkang bersama dengan PAS, MIC, MCA dan PBRS telah mengambil tindakan keluar dari Sidang Dewan ketika undian […]

» Read more

Najib Mahu Jadi Pembangkang Konstruktif

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak, pada hari pertama menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat sebagai pembangkang, berkata beliau akan memainkan peranan baharunya itu secara konstruktif walaupun tidak lagi memegang sebarang jawatan penting. Bekas perdana menteri itu berkata matlamat utamanya kini adalah berkhidmat kepada rakyat di kawasan Parlimen Pekan yang diwakilinya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. “Perkara […]

» Read more
1 2,690 2,691 2,692 2,693 2,694 2,733