UMNO Akan Guna Logo BN Di PRK Sungai Kandis

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata UMNO akan bertanding menggunakan logo Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor pada 4 Ogos ini.  Jelas beliau, ini adalah bagi mengelakkan orang ramai menerima signal yang salah sekiranya calon UMNO bertanding atas logo parti. “BN masih wujud […]

» Read more

Manifesto Adalah Janji, Tak Tunai Janji Dianggap Munafik – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membidas kerajaan Pakatan Harapan (PH) lantaran kegagalan menunaikan janji-janji sebagaimana dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. “Dosa ada dua, dosa kepada rakyat dan dosa kepada tuhan. Kita kena ingat, betullah manifesto bukan kitab suci Al-Quran tapi manifesto itulah yang merupakan janji mereka kepada rakyat,” […]

» Read more

Kerajaan Digesa Nyatakan Janji Manakah Yang Akan Ditunaikan, Yang Mana Sekadar Manifesto

KUALA LUMPUR, 19 Julai –  Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin meminta Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan berapa banyak lagi janji yang tergolong di dalam kategori manifesto yang hanya sekadar sebagai  panduan. Menurut beliau kerajaan perlu menjelaskan janji yang manakah akan ditunaikan dan yang manakah pula sebaliknya sekadar panduan. “Sebelum ini telah disebut bahawa manifesto itu bukan kitab suci […]

» Read more

Pemuda UMNO Siap Sedia Hadapi PRK Sg. Kandis

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO siap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Kandis yang dijadualkan 4 Ogos depan. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata Pemuda UMNO sudah pun bersiap sedia dan akan menggunakan PRK ini untuk menggerakkan kepimpinan baru Pemuda dari negeri-negeri di seluruh Malaysia. “Ini adalah sebagai platform latihan kepada mereka kerana hampir […]

» Read more

PRK Sungai Kandis : Calon BN Akan Diumumkan Esok

SHAH ALAM, 19 Julai – Nama calon UMNO yang dipertaruhkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis akan diumumkan petang esok. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata pengumuman itu akan dibuat oleh timbalan presiden parti yang juga pengarah jentera UMNO bagi PRK tersebut, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata pihaknya […]

» Read more

Berkata Benarlah… Kerana Rakyat Mahukan Kerajaan Yang Berkata Benar – Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) harus berkata benar kerana rakyat mahu sebuah kerajaan yang bercakap benar dan bukannya memusing-musingkan fakta. Jelas beliau, Kerajaan terdahulu dibawah pimpinan BN telah menunaikan 99.6 peratus dalam akujanji yang dibuat kerana sesuatu akujanji itu adalah merupakan satu perjanjian antara kerajaan dengan rakyat. “Apabila […]

» Read more

Patah Balik SST : Apa Jaminan Untuk Orang Muda Untuk Kos Sara Hidup?

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan menggesa agar kerajaan Pakahan Harapan (PH) dapat memberi jaminan kepada orang muda di negara ini bahawa kos sara hidup mampu diturunkan dengan tindakan mereka melaksanakan semula sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Dengan teruja, Zahida menimbulkan persoalan adakah langkah tersebut akan menjadi khabar gembira bagi generasi muda […]

» Read more

Perkataan Munafik Cetus Kekecohan

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ahli Parlimen Pakatan Harapan tidak berpuas hati apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Zahid Hamidi mengungkapkan perkataan munafik sehingga mencetus kekecohan. Zahid ketika dalam perbahasannya di Dewan Rakyat menerangkan sifat-sifat orang munafik iaitu antaranya apabila berjanji, tidak ditepati. Ahli Parlimen Jelutong yang tidak berpuas hati meminta Speaker mengarahkan agar Zahid menarik balik perkataan tersebut kerana ia […]

» Read more

Kerajaan Diminta Jelaskan Pendirian Mengenai Hifz Ad-Din

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa meminta kerajaan menyatakan pendirian berhubung konsep Hifz  Ad-Din yang menimbulkan kekeliruan kerana ianya boleh memberikan implikasi yang besar terhadap pandangan umum. Menurut beliau ucapan yang dikeluarkan oleh menteri yang menjaga hal ehwal agama di jabatan perdana menteri itu sekurang-kurangnya perlu diberikan penjelasan. “Baru-baru ini menteri yang bertanggungjawab terhadap […]

» Read more

Senarai Pelantikan Ketua-ketua dan Naib-Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebulat suara melantik 13 orang ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri-negeri Sesi 2018 – 2021 dan juga melantik 13 orang Naib Ketua Pemuda UMNO bagi sesi tersebut. Nama-nama Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri-negeri yang dilantik adalah seperti berikut: 1. Perlis Ketua Pemuda UMNO: HARMIZAN ABDUL HALIM (Kangar) Naib Ketua Pemuda Negeri: […]

» Read more
1 2,687 2,688 2,689 2,690 2,691 2,733