Laungan ‘Bangkit’ Iringi Calon BN Gempur DUN Sg Kandis

SHAH ALAM, 21 Julai – Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menggempur Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) dengan proses penamaan calon hari ini. BN menampilkan calonnya Datuk Lokman Noor Adam yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO merangkap Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018 untuk menentang calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni. Lokman yang bukan asing […]

» Read more

Pengerusi BN Ucap Takziah Atas Kematian ADUN Balakong

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengucapkan takziah atas kematian YB ADUN Balakong, Eddie Ng Tien Chee akibat kemalangan jalan raya awal pagi ini. Pada masa yang sama dengan nada tegas beliau mengingatkan dalam isu kematian biarpun berbeza agama, apatah lagi berbeza politik, tidak seharusnya terdapat rasa kebencian yang disimbahkan. […]

» Read more

Senarai Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2018 – 2021

KUALA LUMPUR , 20 Julai – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Dr. Noraini Ahmad mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak pentadbiran UMNO Malaysia kerana telah berjaya mengurus perjalanan pemilihan UMNO 2018 dengan baik dan mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, selaras dengan Fasal 5.5 dan 11.3 Peraturan Pergerakan Wanita UMNO dalam Perlembagaan UMNO, beliau telah membuat pelantikan Penolong […]

» Read more

Tidak Mustahil BN Mampu Tawan DUN Sungai Kandis – Lokman

SHAH ALAM, 20 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam berkata, PRK kali ini bukanlah sekadar untuk memilih dirinya atau BNl sahaja, tetapi ia merupakan satu interpretasi kepuasan hati pengundi terhadap kerajaan sedia ada hari ini. Kata beliau, PRK ini menjadi kayu pengukur kepada semua rakyat […]

» Read more

BN Letak Calon Tepat Untuk PRK DUN Sg Kandis – Shamsul Anuar

SHAH ALAM, 20 Julai – Barisan Nasional (BN) meletakkan calon yang tepat dan patut dipilih oleh pengundi di N49 Sungai Kandis iaitu Datuk Lokman Noor Adam, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. “Sebagai pejuang kepada isu dan masalah rakyat, Lokman mampu berperanan dan beliau boleh membawa, memperjuang serta mempertahankan isu- isu melibatkan kepentingan rakyat di Dewan Undangan […]

» Read more

PRK Sg Kandis Ukuran Penerimaan Rakyat Terhadap BN

SHAH ALAM, 20 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Sg Kandis merupakan gelanggang terbaik untuk mengukur sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) yang lalu. Menurut beliau menang atau kalah adalah ketentuan Allah s.w.t namun jentera parti akan berusaha sebaik mungkin dalam memberikan pilihan terbaik […]

» Read more

Lokman Noor Adam Calon BN PRK DUN Sg Kandis

SHAH ALAM, 20 Julai – Datuk Lokman Noor Adam dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, 4 Ogos ini. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018 mempunyai pengalaman yang luas dalam arena politik dengan menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan pada […]

» Read more

UMNO Kecam Keputusan Israel Luluskan Rang Undang-undang Tanah Yahudi

KUALA LUMPUR, 20 Julai – UMNO sependirian dengan negara-negara lain dalam mengecam sekeras-kerasnya keputusan Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang Tanah Yahudi semalam, yang melucutkan sama sekali hak rakyat Palestin ke atas wilayah nenek moyang mereka, kata Presidennya Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dengan itu, katanya, UMNO menggesa seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan agar mengutuk perbuatan tidak bertamadun ini, serta […]

» Read more

Tanding Di PRK Sg Kandis, Guna Logo BN Keputusan Tepat – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Keputusan UMNO bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg. Kandis suatu langkah yang tepat apatah lagi ini PRK pertama yang UMNO sertai selepas PRU 14 Mei lalu, kata Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Katanya, keputusan parti untuk terus menggunakan lambang Barisan Nasional (BN) dalam PRK dibuat secara bersama […]

» Read more

Beri Peluang Presiden Laksanakan Tanggungjawab Perkukuhkan Parti – Shahar

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Mohd Shahar Abdullah meminta agar Datuk Puad Zarkashi agar tidak mengeruhkan suasana dan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak konstruktif ketika Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi sedang berusaha memperkukuhkan parti hari ini. Sebagai ahli UMNO, beliau menyatakan rasa hormati berhubung pertanyaan Datuk Puad Zarkashi kepada Presiden UMNO mengenai hala […]

» Read more
1 2,686 2,687 2,688 2,689 2,690 2,733