PH Tak Pandai Urus Ekonomi, Rakyat Pula Diminta Bersyukur

TANJUNG PIAI, 5 Nov – Bekas Pegawai Khas kepada mantan Menteri Kewangan, Ting Tai Fook membidas menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak berkeupayaan menguruskan ekonomi negara dengan baik, jauh berbeza ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN). Sebagai contoh katanya, bagaimana Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dari Dap yang menyalurkan peruntukan yang besar kepada Kementerian Industri Utama, di mana […]

» Read more

Menjelang PRU-15, Pendekatan Dap Akan Berbeza Dekati Masyarakat Melayu

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Pendekatan serta strategi Dap untuk terus mempengaruhi masyarakat Melayu khususnya dikalangan orang-orang muda bagi menyokong mereka tentunya akan berubah menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan ianya tidak sepertimana pada pilihan raya umum sebelum ini. Bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng, Amran Ahmad percaya pelbagai pendekatan akan digunakan dan ditambah pula dengan penguasaan mereka […]

» Read more

Menteri Wilayah Buat Provokasi Untuk Elak Jawab Isu Penting Penjualan Tanah Kampung Baru

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melahirkan kekecewaan dengan sikap Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad yang sering membuat provokasi dan menimbulkan kemarahan Ahli Parlimen di blok pembangkang. Jelas beliau, berkemungkinan ini adalah cara Khalid bagi mengelak menjawab persoalan penting termasuklah isu penjualan tanah di Kampung Baru. “Kita sudah jangka dari awal… begitulah […]

» Read more

Komik Propaganda: 6 Soalan Untuk Dr Maszlee Sebelum Mempertahankan Timbalannya

KUALA LUMPUR, 30 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memohon penjelasan daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berikutan tindakan mempertahankan timbalannya, Teo Nie Ching berkaitan komik propaganda, ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama.’ “Akhirnya, sebagaimana jangkaan, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik membuka mulut mempertahankan Timbalan Menterinya merangkap Setiausaha Antarabangsa Dap dengan menegaskan bahawa Teo […]

» Read more

Aplikasi ‘PahangGo’ Dilancarkan

BENTONG, 23 OKT – Kerajaan Negeri hari ini melancarkan aplikasi PahangGo yang menjadi platfrom ‘one stop centre’ kepada semua servis yang digunakan oleh rakyat negeri ini termasuk pembayaran cukai, pembayaran bil, pembayaran parkir dan hebahan informasi terkini. Pelancaran aplikasi berkenaan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar […]

» Read more

Kerajaan PH Pekak, Tuli, Bisu… Itu Maksud Penasihat PM – Dr Puad

KUALA LUMPUR, 22 Okt – “Jawapan saya mudah. Itu maknanya, kerajaan PH (Pakatan Harapan) sudah tidak boleh dinasihati. Pekak, tuli dan bisu,” kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Dr Puad memberi reaksi demikian ketika ditanya rakannya maksud ‘kata-kata hikmah’ penasihat media Perdana Menteri (PM), Datuk A. Kadir Jasin di Facebook 20 Okt lalu, “17 bulan sudah […]

» Read more

Menziarah

KUANTAN 21 Okt — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ke Hospital Tengku Ampuan Afzan setelah menerima berita pemergian Allahyarham Hj Abdul Razak Mohd Leki, suami kepada Pembantu Khas kepada beliau, Hjh Che Fadillah Mohd di sini hari ini. Foto–Wan Rosdy Wan Ismail

» Read more

Salahuddin Syok Sendiri Rasa Harga Barang Murah

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan menyeru kepada Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub supaya jangan mengeluarkan kenyataan syok sendiri yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat yang merasai keperitan hakikat sebenar harga barang yang melambung dan semakin tidak terkawal. Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor berkata demikian mengulas mengenai kenyataan Salahuddin yang menyebut di […]

» Read more

Ideologi Ekstremis Akan Berkembang Jika SOSMA Dimansuhkan – Dr. Najmil

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris menimbulkan persoalan adakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyokong dan menggalakkan perkembangan ekstremis dan radikalisasi dengan berusaha untuk memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Tegasnya, jika tiada akta kawalan tersebut, keselamatan dan kedaulatan negara terus terancam. “Apa yang jelas ialah SOSMA kekal relevan […]

» Read more

PH Tak Payahlah Sombong Sangat… Kalau Tak Tahu Tanya – Razali

KUALA LUMPUR, 16 Okt – “Kalau tak tahu tanya, kalau malu bertanya sesat jalan. Kerajaan hari ini tak payahlah sombong sangat, dah teruk dah pun… tak ada apa yang nak dimalukan kalau benar-benar sayangkan negara.” Demikian tegas bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim yang bercakap soal masa depan FELDA menerusi program terbitan Penerangan UMNO Malaysia […]

» Read more
1 213 214 215 216 217 244