UMNO Online https://umno-online.my Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO Tue, 24 Nov 2020 03:44:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=5.5.3 https://umno-online.my/wp-content/uploads/2018/05/cropped-umno-logo-favicon-32x32.png UMNO Online https://umno-online.my 32 32 185435926 Parlimen Gerik, DUN Bugaya: Pengisytiharaan Darurat Bergantung Penilaian Risiko MKN, KKM https://umno-online.my/2020/11/24/parlimen-gerik-dun-bugaya-pengisytiharaan-darurat-bergantung-penilaian-risiko-mkn-kkm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=parlimen-gerik-dun-bugaya-pengisytiharaan-darurat-bergantung-penilaian-risiko-mkn-kkm Tue, 24 Nov 2020 03:44:57 +0000 https://umno-online.my/?p=83019 KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pengisytiharaan darurat sepertimana dilaksana di Parlimen Batu Sapi akan dipertimbang di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya yang bakal berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas kedua-dua wakil rakyatnya meninggal dunia, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagaimanapun ia bergantung kepada penilaian risiko oleh [...]

The post Parlimen Gerik, DUN Bugaya: Pengisytiharaan Darurat Bergantung Penilaian Risiko MKN, KKM first appeared on UMNO Online.

]]>
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pengisytiharaan darurat sepertimana dilaksana di Parlimen Batu Sapi akan dipertimbang di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya yang bakal berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas kedua-dua wakil rakyatnya meninggal dunia, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagaimanapun ia bergantung kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata bagi Batu Sapi, Jemaah Menteri membuat keputusan untuk meminta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya darurat diisytiharkan berpandukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, selepas melihat kepada situasi COVID-19 di Sabah.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 18 Nov lepas, mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, yang sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu yang ditetapkan pada 5 Dis.

Takiyuddin berkata antara masalah di Parlimen Batu Sapi adalah pematuhan garis panduan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan MKN yang berkemungkinan besar tidak dapat dipenuhi sepenuhnya, selain pelantikan petugas pilihan raya apabila sehingga 6 Nov, hanya 143 daripada 834 petugas yang sanggup bertugas.

“Begitu juga Kementerian Kesihatan memaklumkan kekangan untuk sediakan pegawai dan kakitangan kesihatan bagi mengendali pengundi-pengundi di Batu Sapi yang berjumlah lebih 32,000 orang.

“Atas dasar itu, kerajaan berpendapat pengisytiharaan darurat adalah sangat tepat dan langkah diambil Yang di-Pertuan Agong amat bertepatan (dengan) Perlembagaan. Ia bukan sekali-kali satu tindakan bercanggah amalan demokrasi,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian dalam Waktu Pertayaan-pertanyaan Menteri, menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (UMNO-Pontian) yang mahu tahu sama ada kerajaan bercadang menasihatkan Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat di DUN Bugaya, Sabah dan Parlimen Gerik, Perak. – BERNAMA

 

The post Parlimen Gerik, DUN Bugaya: Pengisytiharaan Darurat Bergantung Penilaian Risiko MKN, KKM first appeared on UMNO Online.

]]>
83019
BN Perlu Letakkan Suara Akar Umbi Di Peringkat Tinggi – Hishammuddin https://umno-online.my/2020/11/24/bn-perlu-letakkan-suara-akar-umbi-di-peringkat-tinggi-hishammuddin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=bn-perlu-letakkan-suara-akar-umbi-di-peringkat-tinggi-hishammuddin Tue, 24 Nov 2020 01:28:57 +0000 https://umno-online.my/?p=83017 KUALA LUMPUR, 24 Nov – Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan keutamaan suara peringkat akar umbi di kedudukan tertinggi bagi memastikan gabungan politik itu terus relevan. Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata ia kerana nasib BN sebagai sebuah gabungan politik ditentukan oleh suara akar umbi. “Suara penyokong peringkat akar umbi perlu diberi keutamaan, akar umbi yang akan tentukan nasib [...]

The post BN Perlu Letakkan Suara Akar Umbi Di Peringkat Tinggi - Hishammuddin first appeared on UMNO Online.

]]>
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan keutamaan suara peringkat akar umbi di kedudukan tertinggi bagi memastikan gabungan politik itu terus relevan.

Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata ia kerana nasib BN sebagai sebuah gabungan politik ditentukan oleh suara akar umbi.

“Suara penyokong peringkat akar umbi perlu diberi keutamaan, akar umbi yang akan tentukan nasib kita sebagai sebuah parti politik.

“Sekiranya kita menunjukkan kepimpinan, keikhlasan, kejujuran dalam apa yang kita lakukan dan buktikan pada rakyat, pada akhirnya rakyat akan tentukan jatuh bangun kita,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini malam tadi.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata mesyuarat yang berlangsung malam ini adalah mesyuarat biasa yang membincangkan pelbagai isu termasuk termasuk Belanjawan 2021 dan perkara dalaman parti.

“Antara yang dibincangkan termasuk sokongan pada bajet dan juga bagaimana kita mahu perkukuhkan Barisan Nasional …bagi kita BN masih lagi relevan dan akan terus relevan,” katanya. – BERNAMA

The post BN Perlu Letakkan Suara Akar Umbi Di Peringkat Tinggi - Hishammuddin first appeared on UMNO Online.

]]>
83017
Dewan Rakyat Sentuh Isu Darurat Parlimen Gerik Dan DUN Bugaya Hari Ini https://umno-online.my/2020/11/24/dewan-rakyat-sentuh-isu-darurat-parlimen-gerik-dan-dun-bugaya-hari-ini/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dewan-rakyat-sentuh-isu-darurat-parlimen-gerik-dan-dun-bugaya-hari-ini Tue, 24 Nov 2020 01:24:31 +0000 https://umno-online.my/?p=83015 KUALA LUMPUR, 24 Nov – Persoalan sama ada kerajaan bercadang menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya seperti yang dilakukan di Parlimen Batu Sapi, adalah antara isu akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang akan diajukan Datuk Seri [...]

The post Dewan Rakyat Sentuh Isu Darurat Parlimen Gerik Dan DUN Bugaya Hari Ini first appeared on UMNO Online.

]]>
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Persoalan sama ada kerajaan bercadang menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat di Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya seperti yang dilakukan di Parlimen Batu Sapi, adalah antara isu akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, perkara itu terkandung dalam Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang akan diajukan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) kepada Perdana Menteri, dan rasional sekiranya dilaksanakan serta kekangan hak demokrasi pengundi untuk kawasan terlibat.

Pada sesi sama juga, Teo Nie Ching (PH-Kulai) meminta Menteri Pendidikan menyatakan keberkesanan TV Pendidikan, jumlah murid dan pelajar yang mengikuti program itu, serta sama ada kementerian mempunyai perancangan menambah masa siaran TV Pendidikan.

Selain itu, pada sesi soal jawab lisan, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Bachok) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status terkini pembinaan tiga kapal induk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang akan digunakan bagi meningkatkan pengoperasian di perairan negara dalam usaha mencegah aktiviti pencerobohan bot nelayan asing.

Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) pula meminta penjelasan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengenai strategi dan hala tuju kementerian berkaitan import dan eksport negara bagi terus meningkatkan keyakinan pelabur asing untuk melabur dalam negara khususnya di Sabah.

Persidangan dewan kemudian diteruskan dengan penggulungan perbahasan peringkat dasar bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2021 oleh kementerian-kementerian terlibat.

Setakat semalam, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri telah menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan.

Antara kementerian yang dijadual menggulung perbahasan hari ini ialah Kementerian Pertahanan; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Alam Sekitar dan Air; Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 27 hari sehingga 15 Dis dengan sesi penggulungan Belanjawan 2021 peringkat dasar oleh menteri-menteri berkenaan bermula 9 Nov hingga 26 Nov. – BERNAMA

The post Dewan Rakyat Sentuh Isu Darurat Parlimen Gerik Dan DUN Bugaya Hari Ini first appeared on UMNO Online.

]]>
83015
COVID-19 Rekod Jumlah Harian Tertinggi Baharu 1,884 Kes, Ragut Dua Lagi Nyawa https://umno-online.my/2020/11/23/covid-19-rekod-jumlah-harian-tertinggi-baharu-1884-kes-ragut-dua-lagi-nyawa/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=covid-19-rekod-jumlah-harian-tertinggi-baharu-1884-kes-ragut-dua-lagi-nyawa Mon, 23 Nov 2020 13:46:09 +0000 https://umno-online.my/?p=83011 PUTRAJAYA, 23 Nov – Jangkitan COVID-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi baharu pada 1,884 kes sejak pandemik itu menular ke negara ini. Sebelum ini, jumlah kes harian tertinggi ialah 1,755 kes yang dicatatkan pada 6 Nov lalu. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan angka tertinggi pada 1,203 kes dengan sebahagian [...]

The post COVID-19 Rekod Jumlah Harian Tertinggi Baharu 1,884 Kes, Ragut Dua Lagi Nyawa first appeared on UMNO Online.

]]>
PUTRAJAYA, 23 Nov – Jangkitan COVID-19 di Malaysia hari ini merekodkan jumlah kes harian tertinggi baharu pada 1,884 kes sejak pandemik itu menular ke negara ini.

Sebelum ini, jumlah kes harian tertinggi ialah 1,755 kes yang dicatatkan pada 6 Nov lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan angka tertinggi pada 1,203 kes dengan sebahagian besarnya melibatkan Kluster Teratai iaitu 1,067 kes.

“(Perkembangan terbaharu) Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia sebanyak 56,659 kes dengan jumlah kes aktif 13,842 kes.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,882 kes merupakan penularan dalam negara,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini.

Dr Noor Hisham berkata bilangan kes sembuh pula sebanyak 883 kes, menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh sepenuhnya ialah 42,480 kes atau 75 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau turut melaporkan dua kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan yang maut akibat COVID-19 kini 337 kes Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata pada masa ini terdapat 115 kes positif yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 48 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata selain Selangor, negeri lain yang turut mencatat jumlah kes yang tinggi ialah Sabah yang merekodkan 289 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 196 kes.

Selain itu, Perak mencatatkan 81 kes, Negeri Sembilan (41 kes), Kedah (36 kes), Johor (15 kes), Pulau Pinang (12 kes), Kelantan (9 kes) manakala Putrajaya dan Perlis masing-masing mencatat satu kes. – BERNAMA

The post COVID-19 Rekod Jumlah Harian Tertinggi Baharu 1,884 Kes, Ragut Dua Lagi Nyawa first appeared on UMNO Online.

]]>
83011
Cadangan Buka Pintu Sempadan Untuk Rakyat Malaysia Ulang-Alik Ke Singapura Sedang Dirunding – Ismail Sabri https://umno-online.my/2020/11/23/cadangan-buka-pintu-sempadan-untuk-rakyat-malaysia-ulang-alik-ke-singapura-sedang-dirunding-ismail-sabri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=cadangan-buka-pintu-sempadan-untuk-rakyat-malaysia-ulang-alik-ke-singapura-sedang-dirunding-ismail-sabri Mon, 23 Nov 2020 13:41:40 +0000 https://umno-online.my/?p=83009 KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kementerian Luar sedang berunding dengan kerajaan Singapura berhubung cadangan membuka pintu sempadan dan membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik dari Johor ke republik itu untuk bekerja. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu telah pun disiapkan oleh Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk [...]

The post Cadangan Buka Pintu Sempadan Untuk Rakyat Malaysia Ulang-Alik Ke Singapura Sedang Dirunding - Ismail Sabri first appeared on UMNO Online.

]]>
KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kementerian Luar sedang berunding dengan kerajaan Singapura berhubung cadangan membuka pintu sempadan dan membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik dari Johor ke republik itu untuk bekerja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu telah pun disiapkan oleh Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk diteliti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya difahamkan hampir 200,000 rakyat kita yang bekerja di Singapura berulang-alik menggunakan motosikal dan sebagainya. Perkara ini masih dirundingkan oleh Kementerian Luar kerana ia melibatkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura.

“KKM akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan di Singapura berhubung cadangan SOP tersebut dan selepas ada persetujuan, barulah Kementerian Luar (Malaysia dan Singapura) akan berbincang dari segi kebenaran untuk berulang-alik,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar yang memaklumkan ada rakyat Malaysia terperangkap di republik itu akibat penutupan sempadan sekali gus menghalang mereka berulang-alik dari Johor seperti sebelum ini.

Laporan tersebut turut memaklumkan disebabkan kos sara hidup yang tinggi di Singapura, mereka terpaksa hidup sebagai gelandangan di republik itu.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga sedang mendapatkan maklumat berkaitan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan masalah yang mereka hadapi.

“Selama ini tidak tahu sama ada mereka masih lagi bekerja atau diberhentikan, ataupun masih bekerja tanpa gaji… kita tidak tahu. Kita minta MKN dapatkan lebih banyak butiran tentang masalah yang dihadapi oleh pekerja Malaysia di Singapura,” katanya.

Sementara itu, menjawab keperluan menangguhkan program hiburan, beliau berkata perkara tersebut akan dibawa kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk dipertimbangkan.

“Difahamkan seorang artis telah positif COVID-19 dan KKM sedang menilai sama ada artis tersebut mendapat jangkitan semasa membuat persembahan ataupun mendapat jangkitan dari luar.

“Berkemungkinan besar jangkitan berlaku di luar dan bukan semasa membuat persembahan kerana rumah artis tersebut berada dalam lingkungan kawasan PKPB,” katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa artis serba boleh Alif Satar disahkan positif COVID-19 susulan pengumuman yang dibuat oleh beliau menerusi laman sosial Instagram miliknya.

Melalui perkongsian itu, Alif menyatakan sudah menyerahkan senarai nama serta kontak rapat yang telah dikenal pasti kepada pihak KKM dan hari ini dilaporkan bahawa ibu bapanya juga disahkan positif COVID-19.

Ismail Sabri juga berkata semua aktiviti perniagaan seperti kedai serbaneka, kedai 24 jam, kedai makan, kedai runcit dan restoran dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam, berkuat kuasa esok (24 Nov. – BERNAMA

The post Cadangan Buka Pintu Sempadan Untuk Rakyat Malaysia Ulang-Alik Ke Singapura Sedang Dirunding - Ismail Sabri first appeared on UMNO Online.

]]>
83009
Kuarters, Penjara Seremban Dikenakan PKPD 24 Nov Hingga 7 Dis – Ismail Sabri https://umno-online.my/2020/11/23/kuarters-penjara-seremban-dikenakan-pkpd-24-nov-hingga-7-dis-ismail-sabri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kuarters-penjara-seremban-dikenakan-pkpd-24-nov-hingga-7-dis-ismail-sabri Mon, 23 Nov 2020 13:34:18 +0000 https://umno-online.my/?p=83006 KUALA LUMPUR, 23 Nov – Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban menjadi kawasan terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai esok (24 Nov) hingga 7 Dis ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan [...]

The post Kuarters, Penjara Seremban Dikenakan PKPD 24 Nov Hingga 7 Dis - Ismail Sabri first appeared on UMNO Online.

]]>
KUALA LUMPUR, 23 Nov – Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban menjadi kawasan terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari mulai esok (24 Nov) hingga 7 Dis ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu akan meliputi keseluruhan kawasan Penjara Seremban termasuk blok penjara, bangunan pentadbiran serta kuarters pegawai dan kakitangan yang melibatkan 2,080 penghuni.

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 246 ujian saringan bersasar dan sebanyak 25 kes positif COVID-19 direkodkan di penjara ini

“Justeru, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) di sini hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata PKPD yang sebelum ini dikenakan di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah; dan Putra Point Nilai, masing-masing dilanjutkan sehingga 7 Dis dan 30 Nov depan, manakala PKPB di Kuching, Sarawak dilanjutkan sehingga 27 Nov.

Beliau berkata PKPB di Kuching yang bermula 9 Nov dan sepatutnya berakhir semalam, dilanjutkan berikutan terdapat baki 58 kes aktif melibatkan beberapa kluster di daerah itu daripada 1,055 kes kumulatif positif COVID-19 yang dikesan setakat ini.

Di Kampung Sabah Baru, yang sebelum ini dikenakan PKPD sejak 10 Nov lalu sehingga esok, pula dilanjutkan berikutan terdapat 200 kes positif COVID-19 hasil 1,914 ujian saringan yang dilakukan sehingga 15 Nov.

Bagi PKPD di Putra Point Nilai, sebanyak 436 ujian saringan dilaksana dan 314 kes positif COVID-19 direkodkan di lokaliti itu setakat ini. Ujian saringan kedua dilakukan hari ini dan pelanjutan tempoh itu adalah untuk menunggu semua keputusan sampel saringan kedua diperoleh, katanya.

Untuk rekod Putra Point Nilai sebelum ini dikenakan PKPD bermula 28 Okt lalu dan sepatutnya berakhir esok.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata sidang khas hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di Taman Mesra, Sandakan, dan Plaza Hentian Kajang esok manakala di Medan 88, Salak Tinggi, Sepang pada Rabu ini seperti dijadualkan.

Di Taman Mesra, Sandakan, beliau berkata sehingga kini KKM melaksanakan 1,171 ujian saringan dan 174 kes kumulatif positif COVID-19 direkodkan, namun KKM mengesahkan hanya 43 kes aktif dicatat di lokaliti tersebut dalam tempoh 14 hari iaitu antara 8 hingga 21 Nov lalu.

Sementara di Plaza Hentian Kajang, KKM melaksanakan 5,752 ujian saringan dan sebanyak 462 kes kumulatif positif COVID-19 direkodkan sehingga semalam dan kesemua sampel saringan telah diperoleh dan tiada sampel yang masih menunggu keputusan.

Di Medan 88, Salak Tinggi, Ismail Sabri berkata KKM mendapati situasi COVID-19 di lokaliti tersebut menunjukkan trend penurunan serta terkawal dan KKM melaksanakan 619 ujian saringan dan 56 kes positif COVID-19 telah direkodkan di lokaliti berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata kesemua penduduk di lokaliti berkenaan masih tertakluk kepada SOP PKPB yang dilaksanakan di seluruh Sabah dan Selangor.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata sebanyak 28 kilang Top Glove di Klang, Selangor ditutup secara berperingkat bagi membolehkan pekerja menjalani ujian saringan dan proses kuarantin.

Beliau berkata pelaksanaan arahan tersebut akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor dengan kerjasama pengurusan syarikat tersebut.

“KKM memaklumkan berlaku peningkatan ketara kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja kilang tersebut. Sehingga hari ini, KKM melaksanakan 5,794 saringan dan sebanyak 1,889 kes positif COVID-19 direkodkan. Justeru, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan atas nasihat KKM,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPD di asrama pekerja lelaki dan asrama pekerja wanita syarikat sarung tangan tersebut bermula 17 Nov lalu.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 807 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) PKPP, semalam dengan 747 individu dikompaun manakala 52 direman dan lapan dijamin. – BERNAMA

The post Kuarters, Penjara Seremban Dikenakan PKPD 24 Nov Hingga 7 Dis - Ismail Sabri first appeared on UMNO Online.

]]>
83006
Pembelajaran Dalam Talian: Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tambah Peruntukan Untuk Murid Tiada Akses https://umno-online.my/2020/11/23/pembelajaran-dalam-talian-pemuda-umno-desak-kerajaan-tambah-peruntukan-untuk-murid-tiada-akses/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pembelajaran-dalam-talian-pemuda-umno-desak-kerajaan-tambah-peruntukan-untuk-murid-tiada-akses Mon, 23 Nov 2020 08:10:42 +0000 https://umno-online.my/?p=82997 KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pemuda UMNO  Malaysia hari ini mendesak agar kerajaan dapat menilai semula keperluan akses pembelajaran dalam talian dengan menyalurkan peruntukan tambahan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memastikan proses pembelajaran dalam talian berjalan lancar. Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara berkenaan selaras dengan laporan media mengenai dapatan kajian KPM yang menunjukan 37% daripada lebih 4.7 juta [...]

The post Pembelajaran Dalam Talian: Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tambah Peruntukan Untuk Murid Tiada Akses first appeared on UMNO Online.

]]>
KUALA LUMPUR, 23 Nov – Pemuda UMNO  Malaysia hari ini mendesak agar kerajaan dapat menilai semula keperluan akses pembelajaran dalam talian dengan menyalurkan peruntukan tambahan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha memastikan proses pembelajaran dalam talian berjalan lancar.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara berkenaan selaras dengan laporan media mengenai dapatan kajian KPM yang menunjukan 37% daripada lebih 4.7 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara tidak mempunyai sebarang peranti bagi sesi pembelajaran dalam talian.

Menurut beliau angka tersebut bersamaan 1.7 juta pelajar yang tidak mempunyai sama ada telefon pintar, tablet atau komputer iaitu peranti yang menjadi pra-syarat untuk membolehkan mereka belajar dalam talian akibat penutupan sekolah sehingga Januari tahun hadapan.

‘’Belanjawan 2021 ada menyentuh secara langsung bantuan kepada kelompok pelajar terbabit melalui inisiatif GLC atau GLIC di bawah seliaan Yayasan Hasanah yang akan menyumbang RM150 juta kepada Dana Cerdik untuk memberi komputer riba kepada 150,000 pelajar di 500 sekolah perintis.

‘’Walaubagaimanapun, inisiatif Yayasan Hasanah itu hanya menampung tidak sampai 9% daripada 1.7 juta pelajar terbabit yang sebahagian besarnya adalah daripada kelompok B40 iaitu keluarga dengan pendapatan isi rumah kurang RM4,800 sebulan,’’ katanya menerusi catatan di facebook.

Justeru, tegasnya sekali lagi pergerakan itu amat berharap  agar kerajaan dapat menilai semula keperluan ini dengan menambah peruntukan kepada KPM bagi memastikan 1.7 juta pelajar tidak dinafikan hak mendapat akses kepada pendidikan dalam suasana norma baharu pembelajaran dalam talian di kala pandemik COVID-19 hari ini. – UMNO Online

The post Pembelajaran Dalam Talian: Pemuda UMNO Desak Kerajaan Tambah Peruntukan Untuk Murid Tiada Akses first appeared on UMNO Online.

]]>
82997
Memperkukuhkan Bidang Akademik Negeri Melaka https://umno-online.my/2020/11/23/memperkukuhkan-bidang-akademik-negeri-melaka/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=memperkukuhkan-bidang-akademik-negeri-melaka Mon, 23 Nov 2020 07:24:02 +0000 https://umno-online.my/?p=82994

MELAKA 23 November — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali mengadakan perjumpaan bersama Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) Prof Datuk Dr Mohd Taib Dora bersama delegasi beliau di Pejabat Ketua Menteri di Seri Negeri hari ini. Foto – FB Sulaiman Md Ali.

The post Memperkukuhkan Bidang Akademik Negeri Melaka first appeared on UMNO Online.

]]>
82994
Lebih 100 CCTV Pantau Pendatang Haram Berniaga Di Pasar Borong KL https://umno-online.my/2020/11/23/lebih-100-cctv-pantau-pendatang-haram-berniaga-di-pasar-borong-kl/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=lebih-100-cctv-pantau-pendatang-haram-berniaga-di-pasar-borong-kl Mon, 23 Nov 2020 07:22:27 +0000 https://umno-online.my/?p=82992 KUALA LUMPUR, 23 Nov – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pendatang haram yang menjalankan perniagaan di Pasar Borong Kuala Lumpur menerusi pemasangan lebih 100 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata CCTV dilengkapi ciri Kecerdasan Buatan dengan teknologi pengecaman wajah itu akan membolehkan kerja pemantauan [...]

The post Lebih 100 CCTV Pantau Pendatang Haram Berniaga Di Pasar Borong KL first appeared on UMNO Online.

]]>
KUALA LUMPUR, 23 Nov – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan pendatang haram yang menjalankan perniagaan di Pasar Borong Kuala Lumpur menerusi pemasangan lebih 100 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata CCTV dilengkapi ciri Kecerdasan Buatan dengan teknologi pengecaman wajah itu akan membolehkan kerja pemantauan dan kawalan di dalam dan luar pasar borong di Selayang itu dibuat dengan lebih rapi.

“Kita dapati masih terdapat peniaga yang berniaga di tempat terlarang secara curi-curi dengan berniaga di luar pagar pasar borong dan laluan pejalan kaki yang menghalang lalu lintas melibatkan peniaga dalam kalangan pendatang haram.

“Bukan sahaja di dalam pasar borong, CCTV juga dipasang di sekeliling kawasan luar pasar borong untuk pemantauan penguat kuasa DBKL, kita akan terus perbaiki dari semasa ke semasa, ” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mural dan Grafiti di pasar borong itu hari ini.

Dalam pada itu, Annuar berkata pembinaan kemudahan asrama dengan lebih 200 katil untuk pekerja pasar borong itu telah siap sepenuhnya dan dijangka boleh digunakan mulai bulan depan.

“Kita akan buka tawaran nanti dan berunding dengan pemegang lesen (peniaga pasar) untuk membahagikan kuota tempat pekerja yang memerlukan kemudahan ini kerana tiada tempat tinggal atau sewa sekarang mahal,” katanya.

Beliau berkata kemudahan itu bakal menawarkan sewa serendah RM150 sebulan selain memudahkan pekerja pasar untuk berulang-alik ke tempat kerja sekali gus menarik pekerja tempatan termasuk dari luar ibu negara.

Terdahulu, Annuar meluangkan masa kira-kira sejam meninjau transformasi pasar borong itu yang kini lebih selesa, bersih, ceria dan bebas pekerja asing menerusi pelaksanaan penambahbaikan daripada aspek pengurusan dan tadbir urus.

Antara transformasi dan naik taraf yang dilakukan ialah tambahan stesen kerja bilik kawalan, pas pemborong dan pekerja menggunakan imbasan kod QR, pagar, serta kawasan tempat letak motosikal. – BERNAMA

The post Lebih 100 CCTV Pantau Pendatang Haram Berniaga Di Pasar Borong KL first appeared on UMNO Online.

]]>
82992
Turun Padang Ziarah Kasih https://umno-online.my/2020/11/23/turun-padang-ziarah-kasih/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=turun-padang-ziarah-kasih Mon, 23 Nov 2020 07:18:53 +0000 https://umno-online.my/?p=82989

ARAU 23 November — Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man bergambar bersama pengusaha cili Azri Aziz pada program turun padang ziarah kasih ke beberapa buah kampung di Kampung Bakong pagi ini. Foto – FB Azlan Man.

The post Turun Padang Ziarah Kasih first appeared on UMNO Online.

]]>
82989