Cadangan SPR Tidak Perlu Adakan PRK Satu Tindakan Lacurkan Demokrasi

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor Amin Mohd Shukor menyifatkan, cadangan Pengerusi Jawatankuasa penambahbaikan pilihan raya Ab Rashid Ab Rahman supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem baru agar tidak perlu lagi diadakan pilihan raya kecil Parlimen selepas ini dan kekosongan itu diisi secara automatik oleh parti politik penyandang adalah satu tindakan melacurkan demokrasi yang […]

» Read more

Isu Tutup Anak Syarikat MARA: Jangan Kerana Seekor Nyamuk, Habis Kelambu Dibakar

Baru-baru ini, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Hasnita Hashim berkata, Mara telah menghentikan sebarang penyaluran peruntukan bagi pelaburan baru dan akan menutup beberapa syarikat yang kononnya tidak strategik. Ini merupakan satu perkembangan yang membimbangkan. Cubaan menutup mana-mana anak syarikat dan kepentingan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah usaha menghapus Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan secara sistematik dan tersembunyi, walaupun tanpa menghapusnya secara […]

» Read more

Hormatilah Status Quo… Dong Zong Rasis, Anti Nasional – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Jelas menunjukkan Dong Zong adalah pertubuhan yang rasis dan anti nasional kerana tidak mahu menerima kepelbagaian kaum lain sebagai salah satu bentuk perpaduan, bidas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris. Katanya, walaupun telah diberi amaran oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, Dong Zong tetap berkeras mahu mengadakan persidangan pertubuhan Cina […]

» Read more

Cukai Taksiran, Elaun Ahli Majlis PBT Naik…. ‘Meleleh Air Liur’ Rakyat

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meninggalkan persoalan buat kerajaan Pakatan Harapan (PH) apakah kehidupan rakyat jelata tidak mencabar dan tidak berdepan dengan kenaikan kos sara hidup. Dr Wee merujuk kepada sebuah berita bahawa Exco Kerajaan Johor dari Dap Tan Chen Choon yang mengumumkan kenaikan elaun Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sekitar […]

» Read more

Kerja Kuat Pastikan Kemenangan, BN Bawa Kempen Muhibah – Annuar

KIMANIS, 21 Dis – Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa menyeru jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) berusaha keras dan mengambil semangat kejayaan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai untuk memastikan kemenangan PRK Kimanis. Pesannya juga, semua jentera perlu berkerja sebagai satu pasukan dan bersepadu di bawah Pengarah PRK Kimanis, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Tambah Annuar, program […]

» Read more

PRK Kimanis Penting Untuk Hantar Isyarat Tolak PH – Dr Shamsul Anuar

KIMANIS, 21 Dis – Kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis sangat penting untuk menghantar isyarat kepada Putrajaya bahawa rakyat menolak tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mempermainkan amanah diberikan rakyat dalam PRU14. Demikian kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dalam Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Kesenian Islam, Membakut hari ini. Katanya, himpunan jentera yang […]

» Read more

Pembaharuan Pilihan Raya: Jangan Langgar Hak Asasi Dalam Berdemokrasi – Tok Mat

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan mengalu-alukan sebarang pembaharuan munasabah ke arah mengukuhkan sistem demokrasi. Tetapi tegasnya, ia janganlah bertentangan dengan kelaziman amalan pilihan raya di negara ini. “Sebarang pembaharuan perjalanan pilihan raya juga tidak boleh sama sekali menghakis atau melanggar hak asasi dalam berdemokrasi,” katanya dalam satu kenyataan. Mohamad yang lebih dikenali sebagai […]

» Read more

PH Penyebab Ekonomi Bumiputera Semakin Menipis – Isham

Kelmarin Permodalan Nasional Berhad, syarikat pelaburan kerajaan telah mengumumkan dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.5% iaitu yang terendah dalam sejarah ASB sejak tahun 1990. Pada bulan September lepas Kerajaan juga telah mengumumkan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak 2% iaitu yang terendah dalam sejarah LTAT sejak tahun 1973. Dan sebelum itu pada bulan April tahun ini […]

» Read more

Rahmatan Lil Alamin Kerajaan PH Syok Sendiri? – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan kenapa Perdana Menteri selaku pimpinan tertinggi dalam anggota pentadbiran tidak mengangkat Rahmatan Lil Alamin sebagaimana yang selalu disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa. Malah katanya, Perdana Menteri tidak pula mempromosi konsep Rahmatan Lil Alamin di Sidang Kemuncak Kuala […]

» Read more

SPR Cadang Mansuh PRK, Takut PH Kalah? Soal Zahida

KUALA LUMPUR, 20 Dis – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan mempersoalkan cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu menghapuskan pilihan raya kecil (PRK) atas nama reformasi sistem pilihan raya negara ini. Bidasnya, adakah disebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) selalu kalah menjadikan mereka penakut untuk bertanding dalam PRK lagi. “PH nak nafikan hak rakyat memilih secara demokrasi? “Mungkinkah […]

» Read more
1 1,191 1,192 1,193 1,194 1,195 1,596