Banjir: Bantuan Kerajaan Ringankan Beban… Tapi One-Off I-Citra Mampu Pulih Ekonomi – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melahirkan penghargaan kepada kerajaan atas segala inisiatif bantuan untuk golongan terjejas bagi isi rumah mangsa banjir. Pengarah Komunikasi, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata meskipun bantuan tersebut dapat meringankan bebanan namun ianya tidak dapat menampung jumlah kerugian yang dialami mangsa-mangsa banjir berkenaan. “Kami menyambut baik peruntukan RM10 juta yang […]

» Read more

Pengajaran Banjir… Nilai Malaysia Dalam Perpaduan, Toleransi, Gotong-royong

Bencana banjir dampak perubahan iklim yang melanda negara sangat menginsafkan. Sangat perit melihat kehilangan, kemusnahan dan kesengsaraan yang dilalui oleh ramai rakyat Malaysia. Disebalik duka nestapa yang melanda negara dan bangsa, telah terbit pengajaran yang sangat besar. Malaysia adalah ‘more a society and less state’. Kebaikan, bantuan serta segala daya usaha orang persendirian dan badan bukan Kerajaan membuktikan bahawa cerita […]

» Read more

Banjir: Hentikan Sentimen Politik… Fokus Bantu Emosi, Kebajikan Rakyat – Fadwah

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Fadwah Anuwar berpandangan musibah banjir ini perlu dijadikan sempadan untuk segelintir pihak berhenti memainkan sentimen politik murahan. Katanya ini kerana ketika ini rakyat berada dalam keadaan sulit malah emosi mereka juga terganggu dengan situasi bencana yang tidak dijangka ini. “Satu sahaja kita jangan layan dan fokus kepada bantu rakyat tidak […]

» Read more

Banjir Bukan Masa Berpolitik, Terharu Lihat Semangat Keluarga Malaysia – Sharkar

TEMERLOH, 26 Dis – Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin melahirkan rasa sebak dan terharu melihat semangat serta kerjasama Keluarga Malaysia dalam usaha membantu mangsa banjir dan bersatu di bawah semangat slogan ‘rakyat jaga rakyat’. Menurut beliau semangat tersebut yang dapat dilihat di seluruh negara termasuklah di Pahang serta Temerloh sendiri memperlihatkan tidak ada perbezaan […]

» Read more

Simpati Kerosakan Akibat Banjir… Zahid Harap Tak Ada Pihak Ambil Kesempatan

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, begitu banyak kenderaan terutama kereta dan motosikal ditenggelami air akibat bencana banjir. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dimaklumkan sebahagiannya mengalami kerosakan yang amat teruk dan sukar dibaiki. “Sangat simpati dengan keadaan itu. Semoga semua pemilik kenderaan terlibat bertabah menghadapi dugaan itu. “Kita sedia maklum […]

» Read more

Berhenti Tuduh-menuduh, ADUN Hulu Kelang Tidak Perlu Jadi Batu Api – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan membidas kenyataan ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib yang mendakwa bahawa Perdana Menteri lewat bertindak menguruskan banjir yang melanda Lembah Klang. Tegasnya, ia adalah tidak benar serta tak berasaskan fakta. “YB Hulu Kelang tidak perlu menjadi batu api mengajak mangsa-mangsa banjir saman Perdana Menteri. Sekarang masanya untuk kita bertindak menguruskan Fasa […]

» Read more

BN Selesai Agih Bantuan Banjir Sekitar KL, Selangor

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Barisan Nasional (BN) bersama Komunikasi Barisan Nasional (BNCOMMS) selesai menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Selangor dan Lembah Klang. Penyelaras Bantuan Bencana Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Annuar Nasarah berkata inisiatif ini dibuat khusus bagi memberikan fokus membantu mereka yang terkesan banjir dengan segera. “Saya menyampaikan Bantuan Bencana BN kepada UMNO Bahagian Klang […]

» Read more

Bencana Banjir, Perhimpunan Agung UMNO 2021 Ditangguhkan

KUALA LUMPUR, 25 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan bahawa Presiden, Timbalan Presiden, Jawatankuasa Pengurusan UMNO serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi bersetuju agar Perhimpunan Agung UMNO 2021 ditangguhkan. Katanya ini disebabkan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan UMNO akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir. “Ada beberapa bahagian seperti Kota Raja dan Klang masih […]

» Read more

Banjir… Setiap Kritikan Biar Membina, Ikhtiar Disebalik Kesedihan

Di tengah-tengah musibah banjir ini, banyak pihak yang giat berikhtiar sebaik mampu disebalik segala kekurangan, kesedihan dan kekesalan yang timbul. Usaha-usaha tersebut apabila ia dibuat oleh orang politik, pertama ia tidak sempurna dan kedua ia tidak membuat pihak berkuasa atau ahli politik kebal dari kritikan. Apabila kritikan dan kemarahan itu datang dari rakyat, terutamanya dari mangsa banjir, maka yang dikritik […]

» Read more

Misi Sumbangan Ibu Pejabat UMNO Lancar, Harap PPS Agihkan Dengan Adil

BENTONG, 25 Dis – Setiausaha Agung (SUA) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan malahirkan rasa syukur kerana telah berjaya menunaikan misi sumbangan untuk mangsa banjir dalam masa beberapa hari ini dan ianya berjalan dengan baik dan lancar. Katanya, sumbangan yang diberikan diserahkan kepada pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk diberikan kepada mangsa banjir. “Saya harap setiap pengurusan PPS boleh menerima sumbangan […]

» Read more
1 1,128 1,129 1,130 1,131 1,132 2,057