Kerajaan Komited Beri Khidmat Kesihatan, Rawatan Terbaik Kepada Penduduk Chini – Dr Adham

PEKAN, 29 Jun – Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa membuat persiapan dan kesiapsiagaan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dan rawatan yang terbaik kepada rakyat, ujar Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba. Sebagaimana dalam siri-siri lawatannya sebelum ini ke hospital-hospital dan klinik-klinik kesihatan kerajaan di seluruh negara bagi penambahbaikan infrastruktur, tidak terkecuali juga di Klinik Kesihatan Chini yang telah […]

» Read more

Laporan Polis: Pemuda UMNO, MCA, MIC, PAS Bersolidariti Kecam Penghinaan Terhadap Jata Negara

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO bersama-sama Pemuda MCA, MIC dan juga PAS hari ini bersolidariti tampil membuat laporan polis terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menghina Jata Negara. Kata Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi menjelaskan tindakan ini merupakan satu tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia terhadap Jata Negara yang yang telah dihina. “Jata Negara merupakan […]

» Read more

PRK Chini: Mohd Sharim Tidak Ambil Kisah Isu Bukan Anak Pahang

PEKAN, 29 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Mohd Sharim Md Zain tidak mahu terlalu memikirkan dakwaan pihak tertentu bahawa beliau bukan anak jati Pahang, yang dilihat cuba menidakkan kelayakan beliau untuk bertanding sebagai calon di DUN itu. Mengakui dilahirkan di Alor Setar, Kedah, Mohd Sharim berkata apa yang penting […]

» Read more

PRK Chini: Pengundi Luar Perlu Pulang Mengudi, Beri Mandat Besar Kepada Calon BN – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 29 Jun – “Mungkin ada yang berpendapat tidak balik mengundi pun Barisan Nasional (BN) menang tapi itu pendapat yang silap,” ujar Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Justeru beliau merayu kepada semua pengundi luar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini untuk pulang mengundi pada 4 Julai ini. “Ada yang berpandangan baru-baru ini sudah balik, nanti raya Haji […]

» Read more

Usul PM Tamatkan Speaker Tak Ikut ‘Rule Of Law’? … Pemimpin PH Jangan Hanya Pandai Bercakap

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan bekas Menteri Undang-undang Pakatan Harapan (PH), Liew Vui Keong yang berkata usul Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Dewan Rakyat untuk menamatkan lantikan Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Speakernya tidak ikut ‘rule of law’. Katanya, ada dua persoalan mengenai usul yang […]

» Read more

Hina Jata Negara: Ambil Tindakan Segera Dan Tegas – Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Wanita UMNO Malaysia mendesak agar Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan segera dan tegas berharap individu yang mengubahsuai lambang Jata Negara kerana ia telah menghina bukan sahaja lambang rasmi kedaulatan Malaysia tetapi negara Malaysia ini sendiri. Ketuanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, selain boleh menggunakan Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 […]

» Read more

Jangan Berpecah Lagi… Muafakat Demi Kestabilan – Ahmad Maslan

PEKAN, 29 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata orang Melayu dan Islam di negara ini tidak boleh mengulangi sejarah perpecahan yang terjadi sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Tegasnya, kesan perpecahan tersebut jelas kelihatan apabila tampuk pemerintahan negara dan beberapa kerajaan negeri dikuasai oleh mereka yang bukan Melayu, Islam. “Kita ini berada dalam negara Organization of […]

» Read more

Beri Kemenangan Besar Kepada BN, Bebas Tiada Kekuatan Bawa Suara Rakyat – Dr Shamsul Anuar

PEKAN, 29 Jun – Pengundi diseru memilih calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain dan menolak calon Bebas di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, kata Pengerusi Akademi UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli itu, calon BN mempunyai cukup kekuatan yang didokong oleh parti dan disokong pula oleh […]

» Read more

Pengundi Jangan Mudah Terpedaya Taktik Simpati Calon Bebas – Noraini

PEKAN, 29 Jun – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Dr Noraini Ahmad menasihati pengundi agar tidak mudah terpedaya jika wujud taktik simpati yang ditimbulkan oleh calon Bebas di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini. Begitu juga kata Menteri Pengajian Tinggi itu, rakyat diseru agar tidak terpengaruh kepada janji-janji palsu yang ditimbulkan oleh mereka. “Kepada pengundi-pengundi di […]

» Read more

Hina Jata Negara: KDN Mesti Segera Ambil Tindakan – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar pihak penulis, penyunting dan penerbit buku yang menghina Jata Negara disiasat serta diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa jika benar terbukti wujud motif untuk berlaku biadab dan menghina. Tegas Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Kementerian Dalam Negeri juga harus segera mengambil langkah menggantung penerbitan dan pengedaran buku tersebut […]

» Read more
1 1,054 1,055 1,056 1,057 1,058 1,597