Keputusan PAU 2020 Berdasarkan Suara Pelbagai Peringkat, UMNO Ada Maruah Dan Nilai Diri

KUALA LUMPUR, 2 April – Ketika Persidangan Agung UMNO 2020 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) di sini pada Sabtu dan Ahad lepas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendapat mandat sepenuhnya daripada perwakilan serta akar umbi. Ujarnya, perwakilan dan akar umbi meminta UMNO tarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan juga menggesa ahli Parlimen […]

» Read more

Tak Perlu Ragu, Utamakan Kepentingan Parti Dalam Apa Jua Keadaan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata selaku MKT, Ketua UMNO Bahagian dan Ahli Parlimen Lipis serta Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, beliau memberi komitmen akan mengutamakan keputusan parti dalam apa jua keadaan. “Demi rakyat dan parti, saya akan terus menggalas arahan parti di batu jemala ini. […]

» Read more

Kisah Perayu Undi Berhujan Di Tg Piai, Jangan Sia-siakan Kesetiaan Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengimbau bagaimana semangat juang seorang wanita yang sanggup berhujan ketika merayu undi pada pilihan raya kecil Parlimen Tanjung Piai sebelum ini yang menggambarkan semangat juang ahli parti di akar umbi. Dengan penuh semangat, beliau yang mewakili UMNO Kedah pada sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2020 […]

» Read more

Syukur PAU 2020 Berlangsung Jayanya, Wanita UMNO Mohon Pengiktirafan Dengan Kuota 30 Peratus

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menzahirkan rasa syukur apabila Perhimpunan Agung UMNO 2020 kali ini berlangsung dengan jayanya meskipun ia tertangguh sejak sekian lama kerana wabak covid-19 yang melanda negara. Katanya, meskipun dalam suasana norma baharu, persidangan tetap berlangsung dengan jayanya dan perwakilan tetap bersemangat membawa obor perjuangan bagi menghadapai PRU-15. […]

» Read more

Dr Masliha Lontar Empat Soalan Berkaitan Kerjasama Politik UMNO Dengan PPBM

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Wakil Puteri UMNO, Dr Masliha Harun melontarkan empat soalan berkaitan hubungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang telah diambil keputusannya berkaitan kerjasama oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum ini. Menurut beliau Puteri UMNO menyokong penuh keputusan yang diambil sebelum ini iaitu tidak akan bersama dengan PPBM pada pilihan raya umum akan datang […]

» Read more

UMNO Sabah Dukung Teguh Perjuangan Parti, Hormati Institusi Presiden

KUALA LUMPUR, 29 Mac – UMNO Sabah akan sentiasa berpegang teguh dengan prinsipnya iaitu perjuangan parti harus diutamakan. Demikian tegas Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang yakin bahawa atas nama perjuangan maka sokongan terhadap UMNO mesti terus diperkukuh. Dalam perbahasannya usul Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2020, beliau mengimbas bagaimana UMNO Sabah bangkit kembali. “Ketika […]

» Read more

Bimbang DAP Berkuasa, UMNO Sanggup Bekerjasama Dengan Parti ‘Pelompat’ – Ahmad Jazlan

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Tujuan UMNO untuk menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana bimbang sekiranya Dap kembali berkuasa, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan , Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Jelas beliau, kredit juga patut diberikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bersungguh-sungguh mengarahkan ahli-ahli Parlimen UMNO untuk menyokong kerajaan yang ada pada hari […]

» Read more

Kekeliruan Penggulungan PAU 2020, Ahmad Zahid Beri Penjelasan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT atas limpah kurnia-Nya Persidangan Agung UMNO 2020 yang berlangsung sejak semalam menutup tirainya hari ini. Saya menzahirkan jutaan terima kasih kepada semua perwakilan yang meluangkan masa untuk hadir dan tidak lupa juga kepada ahli UMNO yang mengikutinya secara maya. Saya doakan ahli-ahli UMNO terus istiqamah untuk memperjuangkan nasib parti ini. […]

» Read more

PAU 2020 Labuh Tirai, Adaptasi Warna-warni Norma Baharu

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Perhimpunan Agung 2020 yang dilaksanakan secara sederhana namun meriah telahpun melabuhkan tirainya lewat petang tadi. Buat pertama kalinya perhimpunan kali ini mencatatkan sejarah yang tersendiri apabila berlangsung secara semuka dan maya bagi mengekang penularan pandemik COVID-19. Perwakilan yang hadir juga dilihat sudah semakin terbiasa mengadaptasi norma baharu dengan sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi […]

» Read more

PAU 2020: UMNO Bukan Lagi Berada Di Persimpangan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usul ucapan dasar presiden telah diterima sebulat suara pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir petang tadi dan ianya akan dibawa ke Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dalam masa terdekat. Menurut beliau antara intipati dalam usul itu termasuklah satu usul iaitu UMNO tidak akan bersama-sama dengan PPBM […]

» Read more
1 2 3 14