Agong Berangkat Ke Abu Dhabi, UAE Untuk Lawatan Khas

KUALA LUMPUR, 25 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk lawatan khas selama tujuh hari. Menurut hantaran di Facebook Istana Negara, pesawat khas membawa Seri Paduka dan delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pada 3.15 petang waktu tempatan (7.15 malam waktu Malaysia), semalam. Keberangkatan […]

» Read more

Nasir Search Hantar Borang Pencalonan… Bertanding Pemilihan UMNO?

https://www.youtube.com/watch?v=-nkSFv2EtkI KUALA LUMPUR, 23 Feb – Pemain bass terkenal dari kumpulan Search, Nasir Daud telah menghantar borang pencalonan pada pemilihan UMNO bagi sessi 2023/2026, semalam.  Namun katanya yang lebih dikenali sebagai Nasir Search, pendaftaran ini bukan untuknya tetapi untuk isterinya Noraziah Saadon. “Saya bukannya datang hendak bertanding pada pemilihan UMNO 2023/2026, tetapi hadir mewakili isteri kerana dia ada mesyuarat di […]

» Read more

Laporan SPRM Mengenai Hakim Nazlan Diserahkan Kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Laporan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata SPRM, memaklumkan perkara itu kepada beliau […]

» Read more

Kumpulan Sulu: Ketidakstabilan K’jaan, Politik Bergolak Buka Ruang Negara ‘Diserang’- Azalina

KUALA LUMPUR, 24 Feb – Ketidakstabilan kerajaan dan pergolakan politik dalam negara akan memberi ruang kepada Kumpulan Sulu untuk ‘menyerang’ dan merampas lebih banyak aset negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman. Beliau berkata tindakan kumpulan itu yang mengganggu gugat harta negara, bertujuan menakutkan rakyat dan merompak aset negara. “Mereka melihat kalau […]

» Read more

Akta 134 Akan Dipinda, Aspek Perundangan Tanah Dan Perkahwinan Ditambah Baik

PUTRAJAYA, 23 Feb – Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) bakal dipinda dengan menambah baik aspek perundangan melibatkan pemilikan tanah dan pendaftaran perkahwinan, serta kelahiran anak Orang Asli, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata terdapat keperluan untuk meminda akta berkenaan, yang akan dibentangkan tidak lama lagi […]

» Read more

Pemilihan UMNO: Ahmad Maslan Ingatkan Tarikh Tutup Pencalonan Pada Ahad, 26 Februari

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan ahli-ahli UMNO yang berminat untuk bertanding dalam pemilihan parti sesi 2023-2026 bahawa tarikh akhir penghantaran borang pencalonan pada hari Ahad ini, 26 Februari jam 5.00 petang. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ahli Parlimen Pontian meluangkan masa meninjau lokasi penyerahan borang pencalonan bagi pemilihan peringkat pusat […]

» Read more

PRN: Pembahagian Kerusi Mula Dibincangkan Dalam Mesyuarat Sekretariat Perpaduan

PUTRAJAYA, 23 Feb – Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri dengan parti di bawah Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, telah mula dibincangkan namun belum dimuktamadkan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Kemajuan Orang Asli di sini hari ini, Ahmad Zahid yang […]

» Read more

Tok Det Calon Diri Pertahan Jawatan, Bawa Gagasan Kebersamaan Demi Perjuangan

KUALA LUMPUR, 23 Feb –  Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini mengumumkan untuk menawarkan diri sekali lagi sebagai calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti yang akan berlangsung bulan depan. Pada sidang medianya, beliau berkata UMNO hari ini berada dalam situasi yang mencabar dan atas landasan itu beliau mengambil pendirian untuk bersama-sama saf kepimpinan yang lain bagi […]

» Read more

Tekad Kembalikan Kepercayaan Akar Umbi, Bina Semula UMNO – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 23 Feb – Demi mengembalikan semula kepercayaan akar umbi, UMNO perlu menghayati konsep ‘Bina Semula’ terutama sekali dalam mendepani situasi politik yang semakin mencabar ini. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, pelbagai perubahan perlu dilakukan terutamanya dari segi gerak kerja khususnya untuk menarik semula sokongan rakyat. “Demi mengembalikan semula kepercayaan akar umbi, saya percaya […]

» Read more

Mari Kita Bina Semula ‘Rumah Kita’, Pastikan Kelestarian UMNO – Jalaluddin

  KUALA LUMPUR, 23 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengajak seluruh ahli parti untuk sama-sama menyusun semula kekuatan dalam usaha memastikan UMNO terus segar melayari perjuangannya. Beliau yang sekali lagi menawarkan diri untuk jawatan Ahli MKT pada penggal akan datang berkata perjuangan UMNO amat bernilai dan cukup bermakna kepada orang Melayu khususnya dan […]

» Read more
1 734 735 736 737 738 1,919