UMNO Tidak Mudah Dipinggir, Terus Bantu Rakyat Dan Negara – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 28 Feb – UMNO bukanlah sebuah parti yang mudah untuk dipinggirkan begitu sahaja dan masih mampu untuk menyumbang kepada pembangunan negara serta menyatukan rakyat. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pada masa ini UMNO dilihat sedang mencari jalan keluar bagi menghadapi kemelut politik yang semakin mencabar dan dinamik. “Alhamdulilah, saya dimaklumkan bahawa […]

» Read more

Mahdzir Khalid Menang Tanpa Bertanding Jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap

ALOR SETAR, 28 Feb – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap setelah tiada pencabar merebut jawatan itu dalam Pemilihan UMNO 2023-2026 yang dijadualkan berlangsung pada Mac ini. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ariffin Man berkata oleh itu, terdapat 36 individu yang akan bertanding untuk jawatan Ketua UMNO […]

» Read more

Terima Kasih Ismail Sabri Atas Khidmat Sebagai Naib Presiden – Ahmad

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini menzahirkan penghargaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, atas jasanya sebagai Naib Presiden UMNO. Beliau berkata demikian, susulan keputusan Ismail Sabri untuk tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden pada Pemilihan UMNO yang dijadualkan Mac ini. “Saya kira beliau sudah membuat satu keputusan yang besar buat dirinya… mungkin […]

» Read more

Majlis Ulama UMNO Bawa Peranan Menasihati Parti, Realisasi Asas Dan Tujuan UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Majlis Ulama UMNO yang ditubuhkan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Perhimpunan Agung UMNO 2022 membawa peranan tersendiri terutama dalam menasihati parti bagi merealisasikan asas dan tujuan UMNO. Setiausaha Eksekutif, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata ia meliputi sebagaimana Fasal 3 dan ceraian 3.1 Perlembagaan UMNO iaitu menegak, mempertahan dan mengembangkan […]

» Read more

Tuduh Zahid Dalang Pertuduhan Pemimpin PN, Pihak Guaman Hantar Surat Tuntutan

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Pihak guaman telah mengeluarkan satu surat tuntutan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas tuduhan terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai dalang kes pendakwaan mereka. Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, […]

» Read more

Kes Hakim Nazlan: JAC Perlu Tanggungjawab Pastikan Kod Etika 2009 Dipatuhi Hakim – Zaid

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Pengamal Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim berpendapat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) perlu bertanggungjawab dalam peranannya untuk memastikan peraturan di bawah Kod Etika Hakim sentiasa diaplikasi oleh hakim-hakim. Beliau berkata demikian berkenaan Laporan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah […]

» Read more

Yakin Presiden Dan Timbalan Ada Misi, Visi Kembalikan Kegemilangan Parti – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad yakin Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya Datuk Seri Mohamad Hasan mempunyai misi dan visi untuk mengembalikan kegemilangan parti pada masa mendatang. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lipis merangkap Ahli Parlimen Lipis, rakyat masih mempercayai UMNO sekiranya mendapat satu […]

» Read more

Zambry Tarik Diri Bertanding Jawatan Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR, 27 Feb – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menarik diri daripada bertanding jawatan Naib Presiden UMNO bagi Pemilihan UMNO yang akan berlangsung bulan depan. Zambry dalam hantaran di Facebooknya malam tadi memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira tugas rasminya sebagai Menteri Luar Negeri dalam kerajaan. “Banyak perkara dan urusan hal-hal di […]

» Read more

Demokrasi Semakin Subur Dalam Proses Pemilihan UMNO – Ahmad Zahid

GUA MUSANG, 27 Feb – Jumlah calon yang ramai menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO 2023 kali ini bukti demokrasi semakin menyubur dalam parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata hal ini kerana mereka (calon) melihat bahawa UMNO ini mempunyai masa hadapan untuk menterjemahkan potensi itu. “Bila ramai orang […]

» Read more

Pemilihan UMNO Peluang Terbaik Akar Umbi Menentukan Barisan Kepimpinan – Reezal Merican

KUALA LUMPUR, 26 Feb – UMNO memerlukan barisan kepimpinan yang terbaik untuk mengemudi parti terutamanya ketika sedang dilanda badai. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kemeriahan pesta demokrasi UMNO kali ini memberikan peluang kepada akar umbi untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu bagi menggalas tanggungjawab. “UMNO memerlukan pilihan terbaik. Sebab itu, kita laksanakan […]

» Read more
1 733 734 735 736 737 1,920