Cakap Siang Pandang-Pandang… Pesan Pemuda UMNO Kepada Pas

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pengarah Komunikasi Pemuda UMNO, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri mengingatkan Pas dengan pepatah Melayu yang menyebut ‘cakap siang pandang-pandang, cakap malam pula dengar-dengar’ sambil menyenaraikan beberapa keistimewaan yang turut diperoleh parti berkenaan.

Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci apa yang diungkapkannya kepada UMNO-Online, kenyataan tersebut dipercayai berkaitan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi media sosial.

Beliau turut memuatnaik tingkap layar Facebook Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkaitan peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk UMNO serta lantikan Exco dan pengerusi GLC di Kedah serta negeri lain yang diterajui kepimpinan Pas.

Menerusi kenyataannya, Syed Mohd Johan mengulas keupayaan Exco daripada UMNO, Datuk Suraya Yaacob yang telah berjaya melaksakan tanggungjawabnya di Kedah walaupun mendapat halangan dan sebagainya lagi.

“Tahniah kepada Datuk Suraya Yaacob, yang sangat prestasi tinggi dalam melaksanakan tugas walaupun beliau mendapat halangan dari ketua agensi, lantikan Pas, di bawah portfolio beliau. Beliau sering dipuji sebagai Exco terbaik berbanding Exco dari Pas yang lain di Kedah. Mungkin kalau beliau tidak bekerja keras, orang sangka Kedah tiada Exco kerajaan negeri yang berfungsi.

“Hebat juga Perdana Menteri UMNO yang masih kekalkan Menteri/Timbalan Menteri Pas walaupun ramai persoal kerja buat mereka. ‘Pas growing unpopular even among Muslims, says analyst’ ini kata penganalisis!

“Semasa UMNO meraikan MN banyak orang Pas merasakan jawatan seperti di Johor dan Pahang. Diberikan jawatan di Pejabat MB, dicipta jawatan untuk memberi kedudukan kepada Pas tetapi lihat di Johor Pas lupa budi berpakat dengan Bersatu melawan UMNO dalam PRN,” katanya.

Beliau seterusnya menambah kerajaan Perlis dan Pahang pernah menyalurkan peruntukan dan sebagainya kepada Adun Pas termasuklah perlantikan GLC.

“Ehh jangan lupa kerajaan negeri Perlis dan Pahang juga pernah beri peruntukan kepada Adun Pas puluhan ribu sebulan ketika semaraknya MN. Malah lantikan GLC negeri juga masih dikekalkan. Tetapi di Terengganu, UMNO Terengganu diketepikan, peruntukan khas COVID sehingga UMNO perlu buat bising bagi mendapat sedikit dana, itupun hanya kecil berbanding ADUN Pas.

“Nasib baik tiada ADUN UMNO dalam kerajaan Pas Kelantan dan Terengganu, kalau tidak UMNO juga terpalit prestasi lembab dua kerajaan negeri pantai timur itu.  Kalau UMNO yang perintah Kelantan, sudah pasti rakyat Kelantan dapat stesen bas baharu yang selesa berbanding stesen bas binaan kerajaan Pas yang diibaratkan kandang lembu. Kalau Kisah bab air, Kelantan dan Kedah dah hampir senasib dah.

“Apapun, bersyukurlah PAS dengan nikmat yang diberikan, Orang tua tua pernah berkata..”Cakap Siang Pandang pandanglah, Cakap malam tu kena Dengar Dengar bro! “ Omputih kata ‘A man is not an island’  paham ka dok?” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.