Razlan Yakin Rakyat Terus Sokong UMNO/BN Untuk Menang PRU15

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii memberikan keyakinan bahawa rakyat akan terus menyokong UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 ekoran yakin dengan kemampuan untuk memenuhi keperluan rakyat.

Ini kerana katanya UMNO/BN memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum berbanding dengan Pakatan Harapan (PH) yang menang pilihan raya dengan bermodalkan fitnah.

“Saya yakin rakyat akan terus memberikan sokongan pada UMNO/BN. Banyak perkara yang telah berlaku di dalam negara lebih-lebih lagi apabila melihat PH menggunakan isu fitnah. Semuanya adalah untuk halwa telinga politik mereka.

“Apa-apa pun rakyat sudah sedar bahawa hanya UMNO/BN yang boleh diharapkan berbanding dengan parti lain untuk menjadi kerajaan. Kita akan menang pada PRU15,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Tambah Razlan, semasa UMNO/BN menjadi pembangkang pun rakyat masih sangat memerlukan UMNO/BN untuk membantu dan memperbetulkan dasar-dasar negara yang telah dirosakkan oleh PH semasa memerintah.

“Kita kena faham bahawa banyak dasar-dasar yang telah dicacatkan oleh PH. Kalau hendak membetulkan dasar-dasar negara ianya mengambil satu masa yang lama tapi Alhamdulillah… we manage to do that, manage put that subsidy and economy circle.

“UMNO/BN akan meneruskan siri kejayaan untuk ‘restore’ apa yang dirosakkan oleh pembangkang. Sebenarnya perkara membaiki semula negara ini bukannya satu perkara yang mudah untuk dilaksanakan,” jelas beliau.

Dalam pada itu beliau juga berharap jentera UMNO/BN terus kuat dengan mentaliti untuk menang pada PRU 15.

‘Winning mentality’ mesti ada pada semua jentera UMNO/BN dan berharap jentera di luar sana akan membawa obor kemenangan. Semangat ini perlu ada dan perlu yakin bahawa rakyat sememangnya memerlukan UMNO/BN,” ujarnya. – UMNO Online


@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.