Malaysia Mempunyai Subsidi Tinggi, Kadar Inflasi Terendah… Elak Ada Yang Tertinggal – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Subsidi di Malaysia adalah yang tertinggi iaitu sebanyak RM78 bilion, menjadikan negara ini mempunyai kadar inflasi terendah di rantau ini, kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Jelas Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dalam hal ini adalah perlu untuk terus mengenal pasti apakah masalah yang menyebabkan negara menghadapi masalah ekonomi yang menjerat rakyat.

“Ianya bukan sebab tekanan jangka pendek kerana perkara ini selalu terjadi. Ada beberapa sebab antaranya gaji yang berada di paras yang sama, terlalu banyak kerja tidak berkualiti dan kita gagal untuk menilai semula kedudukan kita kepada pelabur luar. Jadi, kita mempunyai banyak pesaing dari negara jiran.

“Untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu mempunyai perancangan lima dan sepuluh tahun. Untuk jangka masa tersebut, kita perlu membayangkan model pertumbuhan ekonomi untuk eksport. Kita tidak boleh berhenti setakat mempunyai kilang bertaraf kos rendah untuk seluruh dunia dan kita tidak boleh terperangkap sebagai pengeksport komoditi,” katanya semasa forum ‘Nusa Anak Muda: Sirens Of Change’ yang berlangsung Sabtu.

Beliau turut berkata, negara perlu meningkatkan secara radikal dasar perlindungan sosial untuk mengelakkan sesiapa pun yang tertinggal dalam pembangunan ekonomi.

“Lebih-lebih lagi jika seperti yang saya katakan, dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, akan ada beberapa industri yang akan mati.

“Beberapa subsidi perlu dipotong. Tingkah laku ini perlu didorong dengan perubahan. Akan ada keuntungan dan kerugian. Maka, Kita perlu pastikan mereka dapat mencapai tahap yang lebih tinggi daripada khazanah bermaruah minimum.

“Sebagai contoh, perkara yang saya rasa negara perlu bincangkan ialah sama ada kita mahu memperkenalkan sistem faedah penting automatik yang tidak bergantung kepada pengumuman bajet tahun ke tahun daripada menteri kewangan tidak kira siapa pun perdana menteri pada ketika itu.”

Sekarang ini, katanya, pada asasnya adalah ‘ad-hoc’.

“Apabila seseorang merasakan penting untuk memberikan wang tunai, dan ianya adalah popular untuk berbuat demikian, kami berbuat demikian,” katanya lagi.

Tambah Shahril lagi, bagi memastikan pelan ini berjalan dengan lancar, kerajaan perlu berbelanja dengan besar.

“Saya tahu menteri kewangan tidak begitu gembira dengan perkara ini. Tetapi dalam fikiran saya, untuk lima hingga sepuluh tahun akan datang kita perlu berbelanja besar. Kita perlu mempunyai infrastruktur fiskal yang membolehkan suntikan kerajaan yang besar bagi meningkatkan kapasiti produktif.

“Untuk meningkatkan perkara yang saya nyatakan, jika itu bermakna kita perlu meminda undang-undang tertentu, itu kita lakukan. Ini adalah pendapat peribadi, ini yang saya rasa negara perlukan jika kita mahu mengubah permainan kerana itu adalah sesuatu yang Malaysia perlu lakukan,” katanya.

Debat tiga penjuru ini turut menampilkan Kevin Yee, Pemuda Pakatan Harapan dan Wan Ahmad Fayshal, Ketua Armada PPBM bagi membincangkan hala tuju Malaysia pada masa yang akan datang. – UMNO Online   

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.