Ramadan Tak Bataskan Khidmat Bakti Untuk Rakyat, UMNO Terus Laksana Gerak Kerja

KULIM BANDAR BAHARU, 11 April – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor menekankan bahawa usaha bersama rakyat yang dilaksanakan tidak pernah terhenti sekalipun dalam bulan Ramadan.

Katanya, kepimpinan UMNO sentiasa bekerja membantu rakyat tanpa mengira masa termasuklah pada bulan Ramadan malah ia dilipatgandakan memandangkan amalan kebajikan pada bulan suci ini diberi ganjaran besar oleh Allah.

“Kami dalam UMNO dan bagi saya di kawasan DUN Bandar Baharu, sentiasa mengukuhkan silaturahim serta saling bantu-membantu sebagai sebuah keluarga besar, dan ia dilaksana bukan bermusim atau bagi menghadapi pilihan raya sahaja.

“Sebagai wakil rakyat yang telah dipilih, saya sentiasa berusaha membantu rakyat termasuk membina pelbagai kemudahan infrastruktur asas, menyelami permasalahan dan kesusahan mereka serta sedaya upaya akan mengutamakan keselesaan rakyat keseluruhannya.”

Dalam hal ini beliau mengambil contoh bagaimana pelaksanaan program di Felda Gunung Bongsu yang dilaksana bersama Persatuan Ibu Tunggal, UMNO Cawangan Felda Gunung Bongsu dan Puteri UMNO Kulim Bandar Baharu telah berlangsung dengan jayanya sekalipun dalam bulan Ramadan.

“Alhamdulillah program berlangsung lancar, kami berkongsi cerita, ada masalah, ada cerita lawak, cerita sedih, cerita seram pun ada mereka kongsikan kepada saya.

Inilah harmoninya keutuhan dalam keluarga besar yang berkongsi ceria suka-duka dalam apa-apa keadaan.”

Jelasnya, melalui program yang dilaksanakan, anggota masyarakat setiap lapisan akan lebih akrab dan dapat menzahirkan secara terus setiap permasalahan tanpa melalui birokrasi dan sebagainya.

Lantaran itu, beliau mengharapkan agar anggota UMNO seluruh peringkat terus proaktif melaksanakan amanah parti demi perjuangan mendaulatkan agama, bangsa dan negara. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.