Categories: Berita Lain

Lebih 20 Juta Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Setakat Semalam

KUALA LUMPUR, 30 Sept – Seramai 20,053,472 individu atau 85.7 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 94.1 peratus atau 22,017,043 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Selain itu, seramai 40,206 atau 1.3 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Bagi kedua-dua populasi, sebanyak 310,661 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 190,599 dos pertama dan 148,062 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 43,367,580 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Sementara itu, sebanyak 208 kes kematian akibat COVID-19 dicatatkan setakat pukul 11.59 malam tadi (29 Sept), menjadikan jumlah kumulatif kematian kini adalah 26,143.

Daripada jumlah itu, sebanyak 88 adalah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, manakala selebihnya adalah kes kematian tertunggak atau ‘backlog’.

Bagaimanapun, angka itu boleh berubah sekiranya terdapat kes kematian yang dikemas kini.

Sebanyak 68 daripada jumlah kematian baharu itu dilaporkan berlaku di luar hospital (BID). – BERNAMA

Recent Posts

Banyak Perkara Boleh Dipelajari Dari PRN Melaka, Rakyat Mahu Kerajaan Stabil – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Mereka yang tidak keluar untuk membuang undi dalam mana-mana pilihan…

1 jam lalu ago

Undi18: Pendaftaran Automatik Berkuat Kuasa 15 Dis

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Pendaftaran secara automatik pengundi berusia 18 tahun ke atas telah…

4 jam lalu ago

Puteri UMNO Minta Kerajaan Lakukan ‘Sesuatu’ Kawal Harga Barang, Rakyat Masih Terkesan COVID-19

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kenaikan…

4 jam lalu ago

Isu Perkahwinan Bawah Umur Bakal Dikupas Di Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 2 Dis - Isu berhubung usaha membanteras perkahwinan bawah umur dalam negara dijangka…

5 jam lalu ago

Jumaat, 3 Dis Cuti Bagi Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA, 1 Dis - Jumaat (3 Dis) diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan di seluruh…

18 jam lalu ago

Tiada Varian Omicron Dikesan Melalui Kajian Penjujukan Genom Setakat Ini – Dr Adham

KUALA LUMPUR, 1 Dis - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan tiada varian Omicron…

18 jam lalu ago