Categories: Berita Utama

Pembentukan Kabinet Perlu Berdasarkan Kepada Pengurusan Krisis – Mustafa Shah

KUALA KANGSAR, 26 Ogos – Exco Pemuda UMNO Malaysia Mustafa Shah Abdul Hamid berpandangan pembentukan kabinet baharu pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu berdasarkan kepada agenda pengurusan dwi-krisis sahaja iaitu krisis pandemik COVID-19 dan krisis ekonomi.

Katanya, kementerian yang tidak terlibat dengan pengurusan krisis tersebut harus diserahkan pentadbirannya kepada para penjawat awam untuk menguruskan ia seperti biasa tanpa perlu ada sebarang pindaan polisi.

“Sekiranya ada pun, ia boleh dilakukan dengan kelulusan terus daripada Perdana Menteri. Ini kerana menurut titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyebut satu keperluan segera untuk menguruskan krisis pandemik ini sehingga ke tahap yang terkawal dan bersesuaian dan seterusnya parlimen dibubarkan untuk membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi pembentukan kerajaan yang lebih stabil.

“Kabinet baharu ini perlu mengelak dari mengulangi kesilapan dan kesombongan terdahulu yang mempunyai ahli yang terlalu ramai sehinggakan ada yang langsung tidak memainkan peranan dan sekadar menerima manfaat sebagai menteri atau timbalan menteri sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar itu lagi, tindakan terdahulu tersebut juga telah dicemuh oleh rakyat kerana melihat pembaziran dana awam yang sepatutnya boleh disalurkan kepada pengurusan krisis dan kebajikan rakyat.

“Kabinet yang fokus kepada pengurusan krisis ini juga berupaya untuk menepis persepsi dan prasangka rakyat terhadap tindakan kerajaan menawarkan jawatan sebagai timbal balas untuk mendapatkan sokongan majoriti di Parlimen.

“Sekiranya terdapat mana-mana di kalangan 114 Ahli Parlimen yang telah menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia bertindak untuk menarik semula sokongan, maka jelas Ahli Parlimen tersebut sememangnya tidak jujur untuk menyelesaikan krisis ini dan mempunyai agenda yang tersembunyi,” tegasnya.

Ulasnya lagi, kabinet baharu yang bersifat fokus ini mampu untuk menyelesaikan krisis dengan segera di samping menjamin kebajikan rakyat semasa tempoh yang mencabar ini.

“Perkara paling utama ketika ini adalah untuk memastikan pengurusan krisis pandemik kembali ke landasan asal dan dipacu dengan lebih laju tanpa mengabaikan kebajikan rakyat.

“Pengurusan ini jua tidak harus dicemari dengan aktiviti politiking yang melampau sehingga menjejaskan kestabilan politik dan keharmonian negara,” katanya. – UMNO ONLINE

Recent Posts

Dunia Seni Negara Kehilangan Sebutir Bintang – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 24 Okt - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan dunia seni…

1 jam lalu ago

PRN: PPBM Jadi Pemecah Undi, Bukan UMNO – Ahmad Maslan

TANGGA BATU, 24 Okt - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan Parti Pribumi…

1 jam lalu ago

Nasib Khairul Terbela, UMNO Gombak Tampil Membantu Azmin Pula Lepas Tangan

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Nasib yang menimpa keluarga Khairul Anuar Yaakob bersama isterinya serta…

1 jam lalu ago