‘Gulung Tikar’ Bukan hanya Terhad Kepada Pengusaha Makanan, Sektor Lain Turut Terkena Tempias – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 29  Julai – Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan ‘gulung tikar’ bukan hanya terhad kepada pengusaha makanan semata-mata namun hari ini ianya telah melingkari pelbagai sektor perniagaan yang lain.

Dalam perkongsiannya di Facebook, beliau yang turut berkongsi keluhan pengusaha makanan seterusnya melontarkan cadangan dalam keadaan berkenaan dan dalam situasi hari ini tentunya tugas semula kerajaan mengatur semula adalah mengatur semula dan sebagainya.

“’Gulung tikar’ bukan hanya pengusaha makanan.  Banyak lagi #PKS #IKS yg alami kesan buruk akibat ribut ekonomi yang dahsyat. Tugas Kerajaan atur semula, ‘reset’. baiki segera ekonomi rakyat dan negara,: katanya.

Kata Ahmad Maslan lagi yang juga Setiausaha Agung UMNO adalah diharapkan ianya tidak gagal dalam melaksanakan tugas penting tersebut kerana kesannya cukup besar kepada semua pihak.

“Jangan gagal dlm tugas penting ini kerana kesannya buruk kpd kehidupan banyak pihak,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.