Categories: Berita Lain

PH Hanya Hero Cakap Tapi Tidak Tahu Memperjuangkan – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Pakatan Harapan (PH) tiada legitimasi untuk menjadi ‘hero’ dan bercakap seolah-olah merekalah yang berhak memperjuangkan isu doktor kontrak sedangkan merekalah yang memasyhurkan Dasar Pengurangan Penjawat Awam ketika mula memerintah pada 2018, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Jelasnya, bukan itu sahaja mereka (PH) juga yang memberhentikan ramai pekerja-pekerja sektor awam berstatus kontrak selain menarik balik elaun kritikal Pegawai Perubahan.

“Ini merupakan sebahagian perjuangan DAP-PH yang secara konsisten sebelum menjadi kerajaan mendakwa Kerajaan terlalu dibebankan dengan jumlah penjawat awam yang ramai.

“Sebab itulah pada 11 Mac 2020 salah satu daripada enam pra-syarat yang diletakkan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk menyokong Tan Sri Mahiaddin sebagai Perdana Menteri waktu itu ialah supaya Kerajaan baharu pimpinan beliau mestilah membekukan Dasar Pengurangan Penjawat Awam dan pembuangan pekerja-pekerja kontrak di sektor awam.

“Lima Prasyarat lain termasuklah Tuntutan penubuhan RCI Tabung Haji, Pendakwaan pembunuh Arwah Adib, pembatalan IPCMC, pemberhentian jualan aset-aset strategik negara, membuka semula kes-kes berprofil tinggi yang melibatkan pemimpin PH yang ditutup atau ditarik balik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod sepanjang pemerintahan PH telah membuang pekerja pelbagai sektor dengan alasan mengurangkan saiz perkhidmatan awam kerana terlalu besar. – UMNO Online

Recent Posts

Ekonomi Digital Berpotensi Bangunkan Industri Baharu – Annuar

KUALA LUMPUR, 27 Sept - Ekonomi digital berpotensi menjadi pemacu utama dalam membangunkan industri dan…

1 min lalu ago

RMK-12 Penting Untuk Masa Depan, Sediakan Negara Kalis Krisis – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menekankan bahawa dalam…

9 min lalu ago