Penyambungan PKP 3.0 Wajar, Tapi Pastikan Permohonan Rakyat Diambil Kira – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Kerajaan telah menetapkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang dijadualkan sehingga Isnin ini, disambung dua minggu lagi hingga 28 Jun berikutan jumlah kes harian COVID-19 yang masih tinggi.

Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menganggap bahawa keputusan tersebut adalah wajar.

“Keputusan penyambungan PKP 3.0 ini wajar seiring dengan pertimbangan untuk pastikan beberapa perkara berkaitan permohonan rakyat diambil kira,” katanya dalam kenyataan dalam laman facebooknya hari ini.

Berikut adalah perkara berkaitan permohonan rakyat yang perlu diambil kira:

1. Bantuan Khas termasuk bantuan bakul makanan kepada rakyat yang amat terkesan akibat PKP.

2. Lanjutan Moratorium 2.0 tanpa faedah/caj tambahan kepada semua kelompok termasuk M40.

3. Akses rakyat kepada i-Sinar 2.0 dan i-Lestari 2.0

4. Pastikan TOTAL LOCKDOWN betul-betul, bukannya masih membenarkan kilang-kilang dan syarikat-syarikat Bukan ESSENTIAL terus beroperasi sedangkan kluster tempat kerja masih menjadi penyumbang terbesar kes COVID-19.

5. Manfaatkan Ordinan Darurat untuk mengawal Harga Barang-barang keperluan asas rakyat yang sedang melonjak naik. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.