TPM : UMNO Berhak Bincang Masa Sesuai, Namun Tidak ‘Desperate’

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berpandangan parti itu berhak mendapat jawatan Timbalan Perdana Menteri selain ianya dibincangkan pada masa yang sesuai.

Bagi beliau perkara berkenaan adalah berasas melihatkan kepada komposisi parlimen, namun jika ditanya apakah parti itu ‘desprate’ ia sama sekali tidak dan jawapan kepada persoalan itu juga sama iaitu berasaskan komposisi parlimen.

Menerusi catatannya di Facebook, beliau seterusnya berkata jika ditawarkan jawatan tersebut kenapa tidak UMNO menerima tawaran berkenaan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Oleh : Shahril Hamdan

UMNO dan TPM

Adakah UMNO berhak dapat jawatan TPM dan bincang isu tersebut pada ketika yang sesuai?
“Ya”.
Kenapa?
“Tengok komposisi Parlimen”.

Adakah UMNO “desperate” hingga hendak mendesak-desak merayu-rayu jawatan TPM?
“Tidak”.
Kenapa?
“Tengok komposisi Parlimen”.

Kalau ditawarkan, adakah UMNO akan ambil?
“Ya”.
Kenapa?
“Kenapa tidak”?

Mudah & moga dipermudahkan.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.