BN, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Berjaya Bentuk Kerajaan Negeri

KOTA KINABALU, 26 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah berjaya membentuk kerajaan negeri dan Warisan Plus tumbang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah hari ini.

Serentak itu kata beliau Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, Perikatan Nasional dan PBS akan menubuhkan kerajaan negeri.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sabah dan insya Allah akan terus membela nasib rakyat.

“Insya Allah kita akan memastikan kerajaan baharu ini akan terus membela nasib rakyat Sabah. Terima kasih kepada seluruh jentera daripada UMNO dan rakan-rakan komponen lain yang telah berkampung di Sabah untuk membantu kami termasuklah barisan kepimpinan parti,” katanya pada sidang media Command Centre BN, di sini hari ini.

Turut serta Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan pimpinan Sabah yang lain.

Bung seterusnya yakin kerajaan baharu yanv akan dibentuk ini akan dapat bekerjasama dalam semangat setiakawan.

“Saya cukup yakin dan insya Allah kerajaan baru ini akan dapat bekerja dengan semangat setiakawan ke arah mana kerajaan ini dalam usaha membantu masalah-masalah rakyat,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.