Categories: Berita Utama

#Unite4Palestine: Zahid Tegas Tolak Pelan Pengilhakan Tebing Barat Oleh Israel

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas menentang pelan pengilhakan Tebing Barat oleh Israel.

“Palestin sentiasa di hati saya,” katanya ringkas dalam satu hantaran di Facebook dengan meninggalkan tanda pagar #Unite4Palestine.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut menandatangani sokongan kepada perjuangan pembebasan untuk Palestin di Pameran Unite For Palestine di lobi Dewan Rakyat, Parlimen tengah hari tadi.

Pengilhakan bermaksud pengambilalihan wilayah sesebuah negara berdaulat secara paksa, di mana berjuta rakyat Palestin akan menjadi mangsa kekejaman Israel itu.

Sebelum ini, Malaysia mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya rancangan Israel untuk memperluas wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat.

Selain disifatkan bertentangan dengan undang-undang serta unilateral, Malaysia juga berkata sebarang pengilhakan wilayah Palestin oleh Israel sebagai kuasa penceroboh adalah pencabulan terang-terangan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Geneva Keempat 1949 serta Resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Resolusi 2334 (2016) Majlis Keselamatan PBB dan mencabuli perjanjian damai yang ditandatanganinya dengan Palestin iaitu Perjanjian Oslo 1993 dan 1995.

Untuk rekod, pada hujung Jun lalu, Ahmad Zahid turut menerima surat khas daripada bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh, mengenai isu terbaharu babitkan penduduk Palestin yang telah disampaikan oleh wakil beliau, Muslim Imran.

Mesej surat Ismail Haniyeh yang juga Ketua Hamas menekankan beberapa perkara yang menyatakan:

Kerajaan Zionis sekali lagi terus melakukan kezaliman melalui pelan pengilhakan (annexation) 30 peratus bumi Tebing Barat dan Lembah Jordan yang ditukar menjadi penempatan haram pendatang Yahudi. Sekali lagi tanah milik ummah akan dijarah dan dicuri serta diiktiraf sebagai milik kuasa penjajah.

Tanah berkenaan adalah kawasan penting sumber pertanian dan air bagi penduduk Palestin. Jika dirampas Israel, rakyat Palestin akan lebih terancam dengan kehilangan sumber makanan dan air. Israel sengaja memilih kawasan ini bagi melakukan penghapusan etnik Arab-Palestin.

Hamas ingin memberi penekanan pada hal-hal pencabulan keji hak asasi manusia ke atas Palestin. Rancangan ini seolah-olah memberi ‘lesen’ kepada Tel Aviv untuk meneruskan kekejamannya dengan sokongan Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Pelan provokatif Israel pada 1 Julai seolah-olah dihalalkan oleh PBB yang tidak mampu menyekat kuasa veto Amerika bagi masyarakat dunia mengecam rejim Yahudi ini.

Pemimpin Hamas itu mahu semua kerajaan Islam, parti politik dan organisasi di seluruh dunia sepakat memperjuangkan hak rakyat Palestin menerusi pelbagai pendekatan termasuk persidangan dan pelan khas.

Ismail mahu semua parti dan organisasi politik Arab dan Islam menolak serta menyekat aktiviti normalisasi hubungan Israel dengan mereka berikutan pelan penjajahan kerajaan Zionis itu. – UMNO ONLINE

Recent Posts

Hidup BN…Radu Tatap Radu

KINABATANGAN, 22 Sept – Sebahagian penduduk dan pengundi PDM Buang Sayang tidak melepaskan peluang bertemu…

2 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan

KINABATANGAN, 22 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga merupakan calon Dewan Undangan Negeri…

2 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda