Dipilih Sebagai Speaker DUN Melaka Yang Baharu, Ab Rauf Bersyukur

AYER KEROH, 11 Mei – Pengerusi Badan Perhubungang UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh secara rasmi dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu.

“Syukur Alhamdulillah. Selesai sudah Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di Dewan Undangan Negeri, Ayer Keroh, sebentar tadi.

“Dalam persidangan ini, saya dipilih sebagai Speaker DUN Melaka yang baharu, manakala Datuk Wira Haji Ghazale bin Muhamad, ADUN Rim dipilih sebagai Timbalan Speaker,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Dilaporkan, pelantikan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah itu diterima selepas mendapat sokongan majoriti 16 daripada 17 Ahli ADUN Perikatan Nasional (PN), manakala semua wakil pembangkang pula tidak hadir.

Usul pelantikan itu dibacakan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md Ali dan disokong Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (BN-Asahan) dan mendapat sokongan 15 ADUN kerajaan yang lain. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.