Patuh Arahan PKP, Langkah Tangani COVID-19 Perlu Dibuat Bersama – Norsabrina

ALOR SETAR, 5 April – Semua pihak diminta untuk memainkan peranan dalam memastikan usaha menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19 berjaya dilakukan, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu, Datuk Norsabrina Mohd Noor.

Katanya, sebagai rakyat bertanggungjawab, sewajarnya amanah bagi membendung COVID-19 bukanlah semata-mata diletakkan dalam amanah pihak berkuasa.

“Semua pihak perlu memainkan peranan bersama. Jangan meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak berkuasa kerana kita juga perlu berusaha membantu dengan mematuhi setiap arahan yang telah dikeluarkan termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan (PK),” katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, PKP yang telah memasuki fasa kedua ini perlu dipatuhi dan semua pihak mesti bersama-sama memainkan peranan agar penularan COVID-19 dapat dikekang dan seterusnya dihentikan.

“Memang ini adalah cabaran berat yang perlu kita dihadapi bersama iaitu antara pihak berkuasa dan masyarakat. Kita perlu terus berusaha dan memberikan sokongan untuk usaha memastikan keselamatan dan kesihatan semua terjamin.

“Walaupun ada segelintir pihak yang masih engkar dan tidak patuh arahan PKP tetapi saya yakin sekiranya usaha digembling secara bersama maka tentunya kita akan berjaya.

“Kalau kita tak patuhi PKP dengan baik kemungkinan besar kita akan menyambung PKP untuk fasa seterusnya,” katanya lagi.

Dilaporkan, langkah PKP memasuki hari ke-19 hari ini dengan sebahagian besar rakyat mula patuh untuk kekal di rumah selepas langkah lebih keras dibuat oleh kerajaan. Fasa pertama PKP telah dilaksana bermula 18 Mac hingga 31 Mac, diikuti fasa kedua dari 1 hingga 14 April ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.