Sepatutnya Dua Bulan Lepas Harga Petrol Dah Turun

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Akhirnya harga minyak turun selepas pembangkang dedahkan fakta sebenar sedangkan sepatutnya dua bulan lepas dah turun, tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan.

Katanya, harga diapungkan mengikut harga pasaran sama seperti apa yang Barisal Nasional (BN) buat dahulu.

“Cuma bezanya kali ini pengusaha lebih tersenyum lebar dan mendapat lebih manfaat berbanding rakyat terpaksa membayar cukai lebih.

“Menteri Kewangan jangan bangga sangat, tiada apa yang baru pun.

“Tak sangka Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kaki ‘kelepet’. SST #SlowSlowTipu atau #SlowSlowTibai,” bidas beliau melalui facebooknya.

Penetapan harga runcit produk petroleum dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam ini dengan harga RON95 serta RON97 diturunkan sebanyak 27 sen menjadi RM1.93 dan RM2.23 seliter, manakala harga diesel turun 14 sen menjadi RM2.04 seliter. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.