Categories: Berita Utama

Ada Pihak Tidak Senang Sejarah Kemerdekaan Dikaitkan Dengan UMNO- Shabery


KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ada segolongan pihak yang dilihat amat tidak senang apabila sejarah kemerdekaan negara ini dikaitkan dengan perjuangan UMNO.

Menurut beliau, pihak yang tidak suka sejarah kemerdekaan negara dikaitkan dengan UMNO hari ini cuba memikirkan, bagaimana untuk menonjolkan tokoh-tokoh lain sebagai pejuang kemerdekaan, dan cuba untuk melupakan tokoh kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Al Haj sebagai bapa kemerdekaan negara.

“Apabila disebut kemerdekaan, kita tidak boleh lari daripada mengaitkan UMNO sebagai parti siasah yang terlibat dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan itu.

“Tetapi ada segelintir pihak hari ini merasa tidak senang apabila hari merdeka ini dikaitkan dengan perjuangan UMNO. Jadi mereka memikirkan cara lain untuk melupakan tentang Tunku Abdul Rahman, tentang perjanjian kontrak sosial dan lain-lain yang telah dipersetujui, kerana hendak menonjolkan nama-nama tokoh baru untuk dikaitkan dengan sejarah kemerdekaan negara”, katanya.

Justeru jelas beliau usaha untuk melupakan UMNO sebagai sebuah parti yang terlibat dalam kemerdekaan negara tidak mustahil dapat direalisasikan oleh mereka.

Ini kerana tambahnya di India, sebagai contoh, perjuangan parti Kongress telah dilupakan, nama Ali Jinnah di Pakistan tidak mahu dihidupkan kembali.

“Jadi saya rasa tidak mustahil pada satu masa nanti, rakyat di negara ini juga akan melihat faktor sejarah daripada kaca mata yang berbeza berbanding sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika dijemput sebagai ahli panel dalam rancangan diskusi U3.0 yang disiarkan secara langsung melalui medium facebook rasmi UMNO-Online yang membawa tajuk ‘Erti Kemerdekaan’ semalam.

Sebab itu kata Shabery lagi, hari ini ada usaha-usaha untuk menghidupkan semula perjuangan komunis yang didakwa mereka satu unsur yang penting dalam rentetan sejarah kemerdekaan negara.

“Ini adalah usaha golongan-golongan baru, golongan muda. Ini disebabkan, mereka ini tidak terlibat dalam perjanjian yang telah dimeterai oleh pemimpin ketiga-tiga kaum ketika pra merdeka.

“Disebab itu, maka mereka katakan bahawa sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan ini mestilah dilihat daripada perpekstif yang berbeza. Jadi perkara inilah yang meletakkan kita di persimpangan untuk mempertahankan kemerdekaan daripada perpekstif yang mana.

“Dan ianya bukan soal yang mudah. Warna-warna negara ini, definasi negara ini dan kedudukan negara ini, mungkin akan berubah sekiranya kita biarkan perkara ini hanyut begitu sahaja,”tegasnya.-MediaUMNO

Recent Posts

#Unite4Palestine: Zahid Tegas Tolak Pelan Pengilhakan Tebing Barat Oleh Israel

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tegas menentang…

26 mins ago

Mesyuarat Khas PRN Sabah Dalam Dua Minggu Lagi – SPR

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri…

42 mins ago

Tuduhan Meminta ‘Habuan’? Mahdzir Tegas Telah Nafikan Dalam Mahkamah

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid hairan dengan kenyataan…

2 hours ago

Malaysia Punyai Seramai 71,041 Doktor Perubatan – Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos - Malaysia mempunyai seramai 71,041 doktor perubatan yang berkhidmat di sektor…

3 hours ago

Warisan Tak Nafi Pertumbuhan Ekonomi Sabah Lembab Di Bawah Mereka

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata…

3 hours ago

PRK DUN Slim: Wanita UMNO Sentiasa Siap Siaga – Salina

SLIM RIVER, 4 Ogos – Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Malim, Salina Samsudin berkata Jalinan…

5 hours ago

Terima Kasih Atas Sokongan Anda