Azalina Kecewa TPM Gagal Jawab Soalan, Asyik Salah Kerajaan Lama

KUALA LUMPUR, 31 Julai – “Kerajaan baru, harapan baru. Jadi buatlah cara baru. Menuduh kepada kerajaan lama saya rasa satu pendekatan yang tidak begitu profesional. Tak mengapalah Menteri, kalau tak boleh jawab tak mengapa,” sindir Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata demikian apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail gagal menjawab persoalan yang dilontarkan berkaitan isu perkahwinan di antara kanak-kanak berumur 11 tahun dengan lelaki 41 tahun.

Azalina melontarkan persoalan: “Saya faham pandangan Menteri tentang isu bukti dan sebagainya, tetapi kes kanak-kanak berlainan. Itu sebabnya kita mempunyai statutory rape dalam penal code, sebab kanak-kanak bila memberi kebenaran tidak sama seperti kebenaran orang dewasa.

“Itu sebabnya dalam kes statutory rape, beban bukti bukan ke atas kanak-kanak tersebut, tapi dalam perkara ini, (kanak-kanak berusia) 11 tahun. Ada akta yang boleh pergi kepada lelaki ini yang sekarang bergelar suami dan juga ibu bapa yang menggalak.

“Jadi isunya adalah kalau akta di penal code ada, kerajaan sebelum ini mewujudkan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak 2017 kerana mengetahui bahawa penambahbaikan untuk melindungi kanak-kanak diperlukan, maka undang-undang ini telah diluluskan dalam sidang Parlimen.

“Jadi soalan saya ialah kenapa kita tidak boleh kreatif untuk membantu kanak-kanak ini?”

Dr Wan Azizah dilihat gagal memberikan jawapan dan mengajukan pandangan yang mengelirukan serta mula menggunakan alasan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan meminta Azalina mengajukan soalan tersebut kepada Peguam Negara. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.