Tabung Harapan Malaysia Pelik Dan Tidak Wajar


KUALA LUMPUR 31 Mei – Cadangan untuk menubuhkan Tabung Harapan Malaysia sebagai suatu tindakan tidar wajar kerana kerajaan terdahulu telah meletakkan Malaysia dalam keadaan ekonomi yang kukuh dan stabil sebelum pembubaran parlimen.

Adun Permatang Berangan, Nor Hafizah Othman menyifatkan penubuhan tabung itu adalah suatu pelik kerana kestabilan dan kekukuhan ekonomi negara ini bukan cerita kosong tetapi mendapat pengiktarafan dari International Monetary Fund (IMF).

“Dalam tempoh tak sampai sebulan ambil alih tampuk pemerintahan, kerajaan baru dah terpaksa minta derma dari rakyat, alasannya untuk bantu kerajaan bayar hutang.

“Suatu yang pelik dengan apa yang berlaku, laporan IMF menyatakan ekonomi negara amat baik dan sedang menuju untuk mencapai negara berstatus pendapatan tinggi. Berdasarkan laporannya, pertumbuhan negara pada 2017 adalah sebanyak 5.8 peratus dan unjuran untuk 2018 adalah dijangkakan 5.3 peratus,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Tabung Harapan Malaysia.

Menurutnya, kerajaan perlu memikirkan kaedah sewajarnya untuk menanggani masalah berkenaan kerana mereka mempunyai penasihat ekonomi yang dikatakan berwibawa dan mempunyai nama besar dalam hal ehwal ekonomi.

Hafizah berkata, rakyat seharusnya tidak dibabitkan dalam permasalahan yang berlaku dan ianya harus menjadi tanggungjawab kepada kerajaan sedia ada menangganinya bukannya mencari jalan mudah dengan meminta derma.

“Kalau dulu, kerajaan Barisan Nasional memberi pelbagai sumbangan dan bantuan untuk rakyat seperti BRIM dan persekolahan, namun ramai yang menuduh pemimpin terdahulu makan duit rakyat walaupun menyediakan pelbagai kemudahan untuk mereka.

“Kenapa kali ini rakyat berdiam diri apabila kerajaan sekarang membawa ‘tin milo’ secara terang-terangan untuk mengutip derma. Apakah negara ini sudah teruk hingga terpaksa meminta derma dari rakyat,” katanya.

Beliau juga hairan, bagaimana kerajaan sanggup berbelanja besar menyediakan siaran langsung perlawanan Piala Dunia di RTM dan dalam masa itu meminta rakyat menderma untuk membantu membayar hutang negara. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.