Hari UMNO 72: Rakyat Masih Sayangkan UMNO – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada semua ahli agar terus membela UMNO kerana parti keramat ini telah banyak berjasa kepada semua.

Menurutnya, pembaharuan harus dibuat selari dengan kehendak rakyat yang masih sayangkan UMNO.

“Kelangsungan UMNO harus dikekalkan demi agama, bangsa dan negara.

“Selamat ulang tahun UMNO ke-72,” ujar Zahid di laman rasmi facebooknya.

UMNO yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946 adalah parti yang menggerakkan semangat nasionalisme Melayu hingga membawa kepada perjuangan memerdekakan negara dari kuasa penjajah pada 1957.

Hari ini, majlis doa selamat dan bacaan surah Yasin bersempena ulang tahun UMNO ke-72 akan diadakan di Surau Ar-Rahman, PWTC dengan dihadiri oleh para pemimpin parti dan ahli Majlis Tertinggi serta orang ramai. – Media UMNO